Berita Harian

Nor Syahira mahu harumkan nama negara

Kejayaan atlet Sukan SEA Kuala Lumpur jadi pemangkin semangat

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Melihat kejayaan atlet olahraga negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), membakar semangat Nor Syahira Marzuki, 12, untuk terus bergiat aktif dalam acara itu.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Serdang itu, berkata kejayaan atlet negara menaikkan semangatny­a untuk berlatih bersungguh-sungguh dan mengharumk­an nama negara suatu hari nanti.

Beliau berkata, kejayaan kebanyakan atlet negara bermula sejak mereka di bangku sekolah lagi.

“Saya sendiri mula membabitka­n diri dalam acara lompat tinggi ketika berusia 10 tahun dan terus terpilih mewakili sekolah ke peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG) Serdang.

“Pada tahun 2015, saya berjaya merangkul pingat emas pada Kejohanan Balapan dan Padang peringkat PKG Serdang,” katanya.

Latihan demi latihan,

Nor Syahira berjaya meraih pingat perak apabila mewakili Kedah ke Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) baru-baru ini.

Hilang kasut pepaku

Ditanya apakah kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan sepanjang pembabitan­nya dalam sukan itu, Nor Syahira memberitah­u, kehilangan kasut pepaku sebelum kejohanan berlangsun­g menjadi antara kejadian yang tidak dapat dilupakan.

Sehubungan itu, Nor Syahira terpaksa meminjam kasut pepaku rakan lain untuk beraksi walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaik­an diri.

“Namun berkat keazaman tinggi, saya menjadikan kehilangan kasut pepaku ini sebagai dugaan dan cabaran untuk meraih lebih banyak kejayaan,” katanya.

Selain aktif dalam sukan olahraga, Nor Syahira turut memegang jawatan Naib Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik dan Pengerusi Rumah Sukan Temenggung peringkat sekolah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia