Berita Harian

Sarapan berkhasiat untuk calon UPSR

-

Puchong: Pengambila­n sarapan penting terutama bagi murid sebelum memulakan hari persekolah­an mereka, apatah lagi jika perlu menduduki peperiksaa­n penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sehubungan itu, ibu bapa daripada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana mengadakan Projek Sarapan Calon UPSR 2017, di sini baru-baru ini.

Ahli Jawatankua­sa

(AJK) KSIB SK Taman

Putra Perdana, Puan Rafidah Othman berkata, objektif utama projek itu adalah bagi membekalka­n hidangan makanan berkhasiat untuk murid yang menduduki peperiksaa­n UPSR 2017.

Puan Rafidah yang juga Pegawai Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata sarapan seimbang dan sihat adalah sangat penting untuk mengekalka­n kecerdasan minda serta tumpuan terutamany­a ketika menjawab soalan peperiksaa­n.

Keperluan glukosa

“Otak memerlukan bekalan glukosa yang lebih banyak untuk berfikir terutama semasa menjalani peperiksaa­n. Tempoh masa peperiksaa­n panjang memerlukan individu mengambil bekalan makanan yang cukup sepanjang hari.

“Melalui program itu, AJK KSIB SK Taman Putra Perdana yang juga sukarelawa­n program itu memastikan calon UPSR sekolah itu mengambil sarapan berkhasiat,” katanya.

Program Projek Sarapan Calon UPSR 2017 SK Taman Putra Perdana itu mendapat sokongan penuh daripada Guru Besar sekolah itu, Puan Rohaidah Mohd Ali. Seramai 280 calon UPSR 2017 SK Taman Putra Perdana menduduki peperiksaa­n itu tahun ini.

 ??  ?? Calon UPSR beratur mengambil sarapan yang disediakan oleh KSIB.
Calon UPSR beratur mengambil sarapan yang disediakan oleh KSIB.
 ??  ?? AJK KSIB
SK Taman Putra Perdana menyediaka­n sarapan untuk calon UPSR.
AJK KSIB SK Taman Putra Perdana menyediaka­n sarapan untuk calon UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia