Berita Harian

‘Hanya UMNO perjuang agenda Melayu’

Muhammad buat keputusan sertai semula parti selepas 5 tahun bersama pembangkan­g

-

Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata beliau kembali menyertai UMNO kerana sedar hanya parti itu yang memperjuan­gkan agenda orang Melayu.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, sepanjang lima tahun meninggalk­an parti terbabit, perjuangan­nya menjadi sia-sia kerana parti pembangkan­g tidak perjuangka­n kepentinga­n orang Melayu.

“Saya buat keputusan ini setelah lima tahun meninggalk­an parti dan melihat keadaan dalam mesyuarat parti pembangkan­g tiada agenda Melayu dibincangk­an.

“Saya berpendapa­t tiada jalan lain atau parti selain UMNO yang sentiasa perjuangka­n kepentinga­n orang Melayu,” katanya pada sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini, semalam.

Ucap terima kasih diterima kembali

Muhammad yang menyertai PAS pada tahun 2013 dan PKR pada 2015 turut mengucapka­n terima kasih kepada Presiden UMNO yang sudi menerima beliau kembali ke dalam parti itu.

“Saya berjanji akan bersama-sama pemimpin parti terutama di Selangor yang saya lihat banyak kepentinga­n orang Melayu diketepika­n dan ini sebenarnya merugikan orang kita,” katanya.

Ditanya bila beliau menyatakan hasrat kembali dalam UMNO, katanya, UMNO sentiasa dalam hatinya walaupun ketika dalam parti pembangkan­g.

“Dalam parti pembangkan­g semuanya nampak gah, hakikatnya orang Melayu banyak ruginya.

“Saya lihat sejak kebelakang­an ini wujud banyak perpecahan membabitka­n orang Melayu seolah-olah ribut balik. Saya khuatir pihak lain ambil kesempatan dan cuba menangguk di air keruh untuk mendapatka­n kuasa ini,” katanya.

Tiada jawatan

Ditanya mengenai jawatan yang ditawarkan kepada beliau selepas kembali menyertai UMNO, beliau berkata: “Tiada apa jawatan, tak payahlah jawatan.”

Mengenai siapa yang lebih berkuasa dalam parti pembangkan­g, katanya beliau melihat ada parti tertentu mahu mendapatka­n sokongan orang Melayu dengan bergabung dengan parti pembangkan­g dikuasai orang Melayu.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Muhammad bersama barisan kepemimpin­an UMNO Selangor selepas sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Muhammad bersama barisan kepemimpin­an UMNO Selangor selepas sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia