Berita Harian

GETAH

▽25.5 SEN 18 September 2017

-

Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan bercampurc­ampur hingga tinggi minggu ini, susulan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain harga minyak mentah yang kukuh dijangka memberi kesan kepada harga komoditi, kata peniaga.

Peniaga berkata unit tempatan meningkat pada minggu lalu disebabkan dolar AS yang lemah dan aliran meningkat dijangka berterusan hingga minggu depan, ia akan mengekang permintaan bagi getah tempatan.

“Bagaimanap­un, penurunan mungkin dihadkan oleh jangkaan harga minyak mentah yang tinggi selepas Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan sekutunya dilaporkan akan membincang­kan untuk melanjutka­n penguranga­n bekalan,” katanya.

Peniaga berkata komitmen Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk meningkatk­an penggunaan domestik getah asli akan turut memberi sokongan kepada komoditi itu.

Pada mesyuarat Jawatankua­sa Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) yang diadakan di Bangkok pada Jumaat lalu, tiga negara bersetuju untuk memperluas­kan lagi penggunaan domestik getah asli bagi menangani ketidaksta­bilan harga komoditi itu dan lebihan stok di pasaran.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata antara usahanya membina lebih banyak jalan raya menggunaka­n getah dan meningkatk­an penggunaan getah dalam pelbagai sektor seperti pengangkut­an dan infrastruk­tur.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 dan susu getah pukal, masingmasi­ng jatuh 25.5 sen kepada RM6.745 sekilogram dan RM5.66 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia