Berita Harian

MINYAK MENTAH

△3.3% 18 September 2017

-

Harga minyak mentah Brent berada menghampir­i paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada penghujung minggu lalu dan mencatatka­n kenaikan mingguan tertinggi sejak akhir Julai lalu.

Ia susulan unjuran permintaan yang meningkat dan operasi kemudahan penapisan minyak Amerika Syarikat (AS) dimulakan semula secara berperingk­at.

Minyak mentah Brent ditutup meningkat 15 cent pada AS$55.62 satu tong.

Penanda aras itu meningkat buat minggu ketiga berturuttu­rut, menambah 3.3 peratus, yang tertinggi sejak akhir Julai lalu.

Minyak mentah West Texas Intermedia­te ditutup tidak berubah pada AS$49.89 satu tong.

Kontraknya menokok hampir lima peratus bagi minggu berakhir, juga yang tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan.

Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) turun 0.4 peratus berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan minyak lebih murah bagi mereka yang memegangny­a dalam mata wang asing.

Minggu lalu indeks itu turun ke paras terendah sejak awal 2015.

Penanda aras minyak Laut Utara itu sudah menokok lebih AS$10 satu tong dalam tempoh tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia