Berita Harian

EMAS

▽0.2% 18 September 2017

-

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s diunjur mengukuh minggu ini mendahului mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan memutuskan hala tuju kadar faedah negara itu, kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chu Ching Yong.

Walaupun pelabur kini memberi tumpuan kepada hasil mesyuarat berkenaan, penganalis­is berkata tidak mungkin berlaku kenaikan kadar faedah minggu ini memandangk­an anggota FOMC memerlukan masa untuk bersedia dengan kenai kan itu.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, September 2017, Oktober 2017 dan November 2017 susut 33 mata setiap satu, masingmasi­ng kepada RM179.20, RM178.20, RM178.90 dan RM177.80 segram.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 22 lot, bernilai RM412,780, daripada 24 lot, bernilai RM436,110 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya manakala kontrak terbuka bertambah kepada 762 kontrak daripada 145 kontrak pada Jumaat terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia