Berita Harian

batal konsert angkara tunjuk perasaan

-

Chicago: Kumpulan rock terkenal, U2, membatalka­n konsert yang dijadualka­n malam semalam di St Louis, Missouri, berikutan ketegangan kaum di bandar raya itu.

Ketegangan berlaku berikutan pembebasan bekas pegawai polis kulit putih yang menembak mati seorang lelaki kulit hitam.

Kumpulan rock Ireland itu dan firma hiburan Live Nation mengumumka­n pembatalan konsert itu dalam kenyataan, sambil menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n peminat mereka.

“Kami diberitahu Jabatan Polis St Louis bahawa mereka tidak boleh menyediaka­n perlindung­an kepada penonton seperti dijangka untuk acara sebesar ini.

Keputusan tepat

“Kami tidak boleh meletakkan keselamata­n peminat kami dalam risiko dengan meneruskan konsert malam ini.

“Walaupun kesal kerana pembatalan ini, kami rasa ia tindakan tepat dengan keadaan terkini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Hakim di Missouri, kelmarin mendapati bekas polis kulit putih, Jason Stockley, tidak bersalah membunuh suspek pengedar dadah, Anthony Lamar Smith pada 2011.

Kes itu mengundang perhatian di St Louis, menyaksika­n ketegangan kaum memuncak sejak pembunuhan lelaki kulit hitam pada 2014 oleh pegawai kulit putih di Ferguson.

Ratusan penduduk yang keluar untuk tunjuk perasaan aman selepas keputusan itu, tetapi keadaan bertukar ganas malam kelmarin, memaksa polis menyuraika­n orang ramai dengan gas pemedih mata.

Sepuluh pegawai cedera dalam ketegangan dengan penunjuk perasaan yang membaling batu dan polis dilaporkan sudah membuat 23 tangkapan.

U2 Walaupun kesal kerana pembatalan ini, kami rasa ia tindakan tepat dengan keadaan terkini”

 ??  ??
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Kumpulan U2 dalam satu persembaha­n.
[ FOTO AGENSI ] Kumpulan U2 dalam satu persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia