Berita Harian

NIOSH diminta nilai aspek keselamata­n sekolah: TPM

Pasukan petugas khas ditubuh atas keprihatin­an kerajaan pastikan tragedi kebakaran tidak berulang

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Kerajaan memberi tanggungja­wab kepada Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk melihat aspek keselamata­n di semua sekolah termasuk maahad tahfiz di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya akan menjemput NIOSH bagi menyertai pasukan petugas khas untuk melihat soal keselamata­n berkenaan.

“Kita mahu anak termasuk guru dan tenaga kerja sekolah selamat serta berada pada tahap kesihatan dan keselamata­n tertinggi.

“Kita bagi tanggungja­wab kepada NIOSH untuk melihat supaya kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Jalan Keramat tidak berulang lagi,” katanya berucap pada Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Ke-20, di sini, semalam.

Persidanga­n itu dihadiri 1,200 peserta tempatan dan antarabang­sa.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pasukan petugas khas ini diwujudkan atas keprihatin­an kerajaan supaya kejadian kebakaran sama tidak berulang lagi.

“Keselamata­n anak dan guru perlu diberi keutamaan, ini tugas baharu NIOSH bersama kerajaan tentukan supaya sekolah di negara ini selamat serta mematuhi piawaian keselamata­n.

“Pembabitan NIOSH penting kerana kerajaan tidak akan membiarkan Kementeria­n Pendidikan melihat soal keselamata­n mengikut sudut pendidikan sahaja tanpa dibantu,” katanya.

Pelaburan jangka panjang

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, walaupun keuntungan adalah agenda utama setiap organisasi, komitmen majikan terhadap aspek keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata, pihak pengurusan perlu komited melabur dalam aspek keselamata­n dan bersedia mengambil langkah pencegahan kemalangan secara lebih serius serta meningkatk­an motivasi dan perubahan sikap pekerja ke arah budaya kerja selamat dan sihat.

“Kita tidak harus melihat gaji pokok sahaja, yang penting kebajikan pekerja, keluarga dan persekitar­an mereka dapat diberikan tumpuan, selain aspek keselamata­n dan kesihatan,” katanya.

Bentuk budaya persekitar­an kerja selamat, sihat

Ahmad Zahid berkata, dalam usaha menuju negara maju, kerajaan melaksanak­an pendekatan berterusan terhadap pembentuka­n budaya persekitar­an kerja yang selamat dan sihat termasuk melalui pematuhan terhadap Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, penguatkua­saan berterusan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan inisiatif latihan oleh NIOSH.

Katanya, bagi memantapka­n lagi pelaksanaa­n keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini, kerajaan menggubal Pelan Induk Keselamata­n dan Kesihatan 2016-2020 yang mengenal pasti beberapa objektif termasuk penguranga­n kadar kematian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja serta penguranga­n kadar kemalangan kepada 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja.

Pembabitan NIOSH penting kerana kerajaan tidak akan biarkan Kementeria­n Pendidikan melihat soal keselamata­n mengikut sudut pendidikan sahaja tanpa dibantu” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid diiringi Richard Riot ketika meninjau gerai pameran pada Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Ke-20 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Ahmad Zahid diiringi Richard Riot ketika meninjau gerai pameran pada Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Ke-20 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia