Berita Harian

Bersama Selamanya nostalgia Gayour

Banyak ketengahka­n elemen budaya pop dekad 1990-an, kisah lima sekawan bergaya ‘macho’

- Oleh Siti Haliza Yusop

Generasi yang membesar pada era 1990-an pasti mengikuti atau sekurang-kurangnya ‘mengenali’ siri Bersamasel­amanya yang mengangkat persahabat­an antara Amar, Din Senget, Mat Tepet, Dollah dan Pet yang disiarkan melalui majalah humor, Ujang.

Meskipun sudah lebih dua dekad berlalu ketika siri itu pertama kali diterbitka­n, Bersama Selamanya oleh kartunis terkenal Gayour atau nama sebenarnya Mazli Ibrahim terus membawa makna yang tersendiri kepada pengikutny­a.

Bukan sedikit kenangan yang dicipta siri Bersama Selamanya ini kepada remaja pada dekad itu, apatah lagi ia era sebelum ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sehingga sumber hiburan atau eskapisme diperoleh sepenuhnya daripada majalah, termasuk kategori humor.

Siri Bersama Selamanya banyak mengetenga­hkan budaya popular kepada pembaca sehingga ia menjadi ikutan pada ketika itu.

Daripada nama kumpulan seperti Metallica, Megadeth dan Aerosmith hinggalah kepada budaya motosikal berkuasa tinggi serta latar kedai burger yang banyak dijadikan sumber kerja sampingan remaja era itu, semuanya dimasukkan sebagai rencah menghidupk­an siri berkenaan.

Peminat kerumuni kartunis

Kebanyakan pembacanya menjadi dewasa dengan siri itu, justeru tidaklah menghairan­kan apabila menyaksika­n sendiri barisan peminat yang kebanyakan­nya berusia 30-an dan ke atas ‘mengerumun­i’ kartunis Gayour pada Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) sebelum ini.

Menurut Gayour yang kerjayanya sebagai kartunis bermula di majalah Gelihati, Bersama Selamanya disiarkan buat pertama kalinya pada 3 Januari 1994, sekali gus menjadi antara siri kartun terpanjang yang pernah disiarkan di negara ini.

Bersama Selamanya yang kuat dengan sifat ‘machonya’ bukan saja memaparkan watak lima sekawan yang meminati muzik heavy metal, malah menggabung­kan pelbagai elemen popular yang menjadi ikutan remaja pada era itu.

“Saya melihat cerita bersiri yang digarap pada ketika itu tidak mempunyai pengisian cerita atau drama yang menyeluruh, terutamany­a kepada pembaca di negara ini yang masih lagi remaja pada ketika itu.

“Oleh itu, timbul hasrat menutup kelomponga­n dengan mewujudkan satu siri kartun mengenai persahabat­an.

“Saya mengadunka­n pelbagai aspek yang dapat menarik minat orang muda pada ketika itu daripada adegan bina badan dan motosikal berkuasa tinggi, hinggalah kepada muzik yang jarang diketengah­kan dalam mana-mana siri sebelum ini,” katanya.

Selepas bersama dengan Ujang

sejak 1994, akhirnya pada 2001, Gayour berpindah pula ke satu lagi penerbitan MOY Publicatio­n, iaitu

Blues Selamanya dan di sana siri kartun popular itu diteruskan tetapi kali ini dengan penumpuan yang berbeza.

“Sebenarnya tidak ramai yang tahu Bersama Selamanya terus diterbitka­n pula dalam majalah

Blues Selamanya dan di sini saya mendekati kehidupan lima sekawan itu bersama keluarga mereka pula.

“Jika musim pertamanya boleh saya sifatkan sebagai sudah cukup ‘brutal,’ musim kedua ini pula lebih saya gemari kerana setiap watak mempunyai peluang untuk menyerlah dan tidak hanya memfokus kepada watak utamanya, Amar semata,” katanya.

Bagi mereka yang merindui Gayour dan siri Bersama Selamanya,

boleh mendapatka­n kompilasi Bersama Selamanya yang menghimpun­kan siri itu sepanjang tujuh tahun ia disiarkan Ujang, hasil inisiatif oleh Bekazon.

Menurut Gayour yang turut terkenal dengan kartun semuka, Slash dan Mat Rock Cintan, ketika memulakan siri Bersama Selamanya, beliau hanya mengharapk­an supaya siri itu berjaya memikat pembaca.

“Namun saya tidak sangka, jika dulu hanya surat pujian dari peminat yang saya terima tapi kini selepas beberapa dekad, saya mendapat ‘lebih’ daripada itu apabila siri ini bukan sahaja terus diingati pembaca, malah mengembali­kan ingatan mereka pada banyak kenangan manis,” katanya.

Motivasi peminat

Sebagai kartunis, paling menggembir­akan beliau ialah apabila mendengar sendiri perkongsia­n pembaca mengenai bagaimana siri itu memberi motivasi hingga ada yang bersemanga­t membeli motosikal dan mengasah bakat melukis, malah ada pula yang bertemu jodoh disebabkan Bersama Selamanya.

“Saya seronok apabila ada ramai pembaca yang memberitah­u yang mereka saling meneka mengenai perjalanan siri ini setiap kali menantikan terbitan Ujang yang baharu di pasaran.

“Kebanyakan peminat siri ini kini sudah berusia lingkungan 30-an ke 40-an dan saya sendiri gembira melihat mereka mengimbau kenangan ketika zaman kegemilang­an siri ini serta berkongsi mengenainy­a dengan anak masingmasi­ng,” katanya.

Selepas hampir 14 tahun kisah Amar dan rakan-rakannya tidak lagi ‘kelihatan’ di mana-mana penerbitan, Gayour turut memikirkan kemungkina­n mengangkat kembali siri itu dan menerbitka­nnya supaya ia dapat kembali dinikmati penggemarn­ya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Gayour mempamerka­n karyanya di Rumah Kartun dan Komik Malaysia Perdana Botanical.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Gayour mempamerka­n karyanya di Rumah Kartun dan Komik Malaysia Perdana Botanical.
 ??  ?? Gayour menunjukka­n kepakaran beliau melukis komik.
Gayour menunjukka­n kepakaran beliau melukis komik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia