Berita Harian

Berlatih tiga bulan tak jadi masalah

-

Nilai: Biarpun hanya tiga bulan berlatih, gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Noraidilli­na Adilla J Sam jelas serasi apabila menambah koleksi emas ketiga mereka di Velodrom Nasional, semalam.

Nur Azlia-noraidilli­na meraih emas dalam acara 3 kilometer (km) kejar mengejar individu bagi menambah dua emas yang diraih dalam acara 1 km (B) dan pecut (B) pada hari pembukaan berbasikal trek di Velodrom Nasional Nilai, kelmarin.

Apapun, pencapaian tiga emas itu disifatkan mereka sebagai permulaan perjalanan antara mereka selepas baharu saja tiga bulan digandingk­an bersama sejak Jun lalu.

“Sudah tentu gembira kerana dapat sumbangkan lagi emas buat negara,” kata Noraidilli­na yang memikul tugas selaku jurumudi kepada Nur Azlia yang separa buta.

‘Peanut’ sasar Tokyo

“Perjalanan kami takkan berhenti di sini dan harap dapat sumbangkan lagi emas buat negara.

“Banyak lagi yang perlu diperkemas­kan dan kami kena lebihkan lagi latihan dan perlu melakukan yang lebih baik berbanding pencapaian tahun ini,” katanya sambil menyifatka­n gandingann­ya bersama Nur Azlia yang juga bekas atlet olahraga Para itu kini semakin serasi.

Nur Azlia-noraidilli­na masih mempunyai dua tugas besar, Rabu ini dalam acara lebuh raya iaitu ujian masa dan lepas beramai-ramai.

“Tidak ada sasaran ditetapkan lagi. Seperti biasa, kami menyasarka­n untuk melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan harap dapat menyumbang­kan emas lagi,” kata Noraidilli­na.

Sementara itu, Nur Azlia atau lebih mesra dipanggil ‘Peanut’ mengharapk­an prestasi kayuhannya ketika ini dapat membantuny­a melangkah ke pentas Sukan Paralimpik.

“Saya nak ke Sukan Olimpik dan akan cuba untuk yang terdekat iaitu di Tokyo. Alhamdulil­lah, dengan tunjuk ajar jurulatih dan Noraidilli­na, semuanya berjalan dengan baik,” kata Nur Azlia mengenai penghijrah­annya dari sukan olahraga ke berbasikal.

 ??  ??
 ??  ?? Nur Azlia Syafinaz (kiri) dan Noraidilli­na Adilla bersama pingat emas yang mereka menangi, semalam.
Nur Azlia Syafinaz (kiri) dan Noraidilli­na Adilla bersama pingat emas yang mereka menangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia