Berita Harian

Berpada-pada beli baju untuk anak

-

Aliran fesyen bukan saja memberi nafas baharu pada orang dewasa, malah kanak-kanak turut menjadi tumpuan.

Pelbagai jenama dan rekaan eksklusif digayakan si comel membuatkan ibu bapa gemar menampilka­n gaya anak.

Skirt pendek, gaun kembang meleret, jaket kulit, kasut tumit tinggi, alat solek dan tas tangan bukan lagi item digayakan orang dewasa, tetapi turut menjadi koleksi kegemaran si cilik.

Kadangkala, ada anak kecil yang sudah dipamerkan umpama orang dewasa dengan aksi gaya agak keterlalua­n di media sosial.

Hadkan aksi anak

Anak kecil sudah tahu merakam gambar dan pandai memuat naik

yang kini menjadi fenomena laman sosial.

Ketagihan ini tidak salah jika ibu bapa mengehadka­n apa yang boleh dan tidak boleh di laman sosial atau tempat umum.

Bagi ibu, Rozieta Khamsi, 33, beliau sama seperti ibu bapa lain, teruja membelikan anak pakaian mengikut fesyen tertentu.

Bagaimanap­un, beliau mengehadka­n apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh dua anak perempuann­ya ketika berpakaian.

“Ibu mana tidak gemar membeli dan menggayaka­n anak, apatah lagi fesyen kanak-kanak ini lebih cantik daripada fesyen orang dewasa.

“Tetapi saya jaga batas apatah lagi anak perempuan. Saya tidak beli pakaian yang mencolok mata bagi mengelakka­n perhatian individu tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Peka keselamata­n anak

Beliau peka dengan perkembang­an dunia luar kerana ada individu yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang terlalu kerap dipamerkan di laman sosial dengan aksi comel.

Beliau berkata, ibu bapa pasti mahu membesarka­n anak dalam keadaan selamat dan selesa.

Bagaimanap­un, ada segelintir leka ‘memperdaga­ngkan’ keselamata­n anak dengan terlalu mempamerka­n anak mereka kepada umum

“Cukuplah gambar anak menjadi simpanan dan tatapan peribadi. Saya hanya kongsi memori seperti hari lahirnya, hari graduasi atau percutian dan ia tidak keterlalua­n,” katanya.

Jangan terlalu boros

Bagi Husnaini Dunnia, beliau berkata, kasih sayang boleh ditunjukka­n ibu bapa kepada anak dengan membeli pakaian cantik, tetapi tidak perlu menghabisk­an sebahagian pendapatan membeli barangan berjenama.

Ini kerana, kanakkanak cepat membesar dan akan bertukar saiz mengikut ukuran badan.

“Kadangkala, baru beberapa bulan beli baju anak, sudah tidak muat dan ia satu pembaziran. Lebih baik simpan duit untuk pendidikan dan rancang masa depan mereka.

“Saya harap lebih ramai ibu bapa tidak membazir untuk pakaian anak, sebaliknya boleh dibelanjak­an untuk pembelian insurans kesihatan dan pendidikan berbanding dibazirkan di tempat yang tak sepatutnya,” katanya. Ibu

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Kanak-kanak cepat membesar dan pakaian kerap bertukar saiz mengikut ukuran badan.
[ FOTO HIASAN ] Kanak-kanak cepat membesar dan pakaian kerap bertukar saiz mengikut ukuran badan.
 ??  ?? Saya jaga batas apatah lagi anak perempuan. Saya tidak beli pakaian yang mencolok mata bagi mengelakka­n perhatian individu tidak bertanggun­gjawab” Rozieta Khamsi, Ibu
Saya jaga batas apatah lagi anak perempuan. Saya tidak beli pakaian yang mencolok mata bagi mengelakka­n perhatian individu tidak bertanggun­gjawab” Rozieta Khamsi, Ibu
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia