Berita Harian

TRIBUNAL ROHINGYA

Pendakwa raya syorkan Aung San Suu Kyi dan pegawainya didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabang­sa sebagai penjenayah perang

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan

Hak masyarakat Islam menunaikan ibadat dan menjalanka­n aktiviti di masjid ditindas Kerajaan Myanmar apabila madrasah diarahkan tutup dan tanahnya dirampas sejak 1968.

Tampil sebagai saksi di hadapan tujuh panel hakim, Thuzar Maung, berkata tindakan kejam itu adalah sebahagian strategi untuk mengusir dan menghapusk­an penganut Islam di Myanmar.

“Contohnya, sebanyak 11 daripada 14 masjid di daerah Mandalay ditutup kerana kononnya angkara rusuhan yang didalangi masyarakat Islam, sedangkan perkara berkenaan tidak benar.

“Selepas rundingan, empat daripada 11 masjid bagaimanap­un berupaya dibuka semula, manakala tanah madrasah selebihnya dirampas Kerajaan Myanmar.

“Tanah dirampas pula dijual kepada pihak ketiga untuk pembanguna­n, malah keuntungan­nya digunakan kerajaan bagi tujuan lain,” katanya ketika memberikan keterangan pada Permanent People's Tribunal (PPT), di sini, semalam.

Lari ke Malaysia

Susulan kemelut di Myanmar semakin memuncak, Maung yang bekerja sebagai ejen pemasaran bertindak melarikan diri ke Malaysia pada 2014, namun masih mengikuti perkembang­an masyarakat Islam di negara asalnya.

Beliau berkata, Kerajaan Myanmar menerusi angkatan tenteranya sehingga kini masih menyalahgu­nakan kuasa untuk menutup masjid di seluruh negara berkenaan.

“Berita kekejaman ini tersebar di media sosial dikendalik­an rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Sitau Brakat, 25, terpaksa menipu mengenai status agamanya apabila diserang sekumpulan puak pelampau Buddha bersenjata­kan parang dan pisau, pada 2013.

Beliau berkata, tangannya bagaimanap­un tercedera ketika cuba mempertaha­nkan diri dalam serangan itu kerana ditetak parang, sebelum sempat melarikan diri ke hutan.

“Mereka datang secara tibatiba dan terus menyerang individu yang tampak seperti ‘kular’ (mempunyai iras wajah dan warna kulit seperti dari India).

“Lima sekeluarga yang juga majikan kami terbunuh dalam serangan itu,” katanya.

Kerajaan Myanmar menerusi angkatan tenteranya sehingga kini masih menyalahgu­nakan kuasa untuk menutup masjid di seluruh negara berkenaan” Thuzar Maung, Saksi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Hakim mendengar keterangan saksi pada persidanga­n Permanent People Tribunal di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.
Hakim mendengar keterangan saksi pada persidanga­n Permanent People Tribunal di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia