Berita Harian

Tawar kursus ikut kehendak pasaran kerja

Perhalus sistem pendidikan tinggi mudahkan graduan dapat pekerjaan sesuai kebolehan

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Tawaran kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu selari dengan keperluan tenaga kerja di pasaran bagi memastikan graduan mendapat kerja mengikut bidang kebolehan mereka.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata perkara itu perlu diambil kira dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang melangkaui semua bidang, tidak kira ekonomi, sains, pertanian atau perladanga­n.

“Contohnya, mungkin tidak perlu semua menjadi nelayan, petani atau mekanik, tapi kalau kita mampu melahirkan petani yang mempunyai pendidikan tinggi, impak dia besar kepada ekonomi dan peluang kerjaya.

“Sistem pendidikan tinggi kita mesti diperhalus­i supaya bidang pengajian di universiti memenuhi kriteria dan selari peluang pekerjaan ditawar pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab (AARU) Jordan, Prof Dr Sultan T Abu Orabi; Pengarah Urusan Pertubuhan Pendidikan Islam, Saintifik dan Budaya (ISESCO), Dr Abdulaziz Othman Altwaijri serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perniagaan Antarabang­sa OIC yang juga Pengerusi Muslim World BIZ Ke-8, Muhammad Raja Talib Raja Mohamad Abdullah.

Dalam pada itu, Adnan berkata, kualiti kurikulum termasuk pendidikan agama mesti diperhalus­i semula dengan memberi penekanan lebih kepada aspek membentuk sahsiah diri berkualiti serta memiliki nilai sivik tinggi.

“Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangk­an pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang supaya ia diperhalus­i di peringkat kerajaan,” katanya.

Mengenai persidanga­n itu, beliau berkata, ia penting bagi membolehka­n kerangka pendidikan tinggi di dunia Islam atau OIC dapat disatukan.

Katanya, kerjasama dijalin meliputi program pertukaran pelajar dan pensyarah termasuk berkaitan perkongsia­n teknologi dan kemajuan serta hasil kajian.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Adnan menerima cenderahat­i daripada Muhammad
Raja Talib sambil diperhatik­an Sultan (kanan) dan Abdulaziz pada Persidanga­n Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di PWTC, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Adnan menerima cenderahat­i daripada Muhammad Raja Talib sambil diperhatik­an Sultan (kanan) dan Abdulaziz pada Persidanga­n Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia