Berita Harian

Tengok Rafiq baling di televisyen

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Penangan tangan kidal Abu Bakar Nyat menghadiah­kan pingat emas buat skuad boling negara dalam saingan Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017) di Sunway Mega Lanes, semalam.

Menurutnya, teknik hayunan itu menjadi hasil ‘tunjuk ajar’ daripada atlet kebangsaan, Muhammad Rafiq Ismail sekali gus membantu dia dan Mohd Azrin Rahim mencatat balingan 2,489 jatuhan pin untuk merangkul emas dalam acara beregu campuran (B9/B9).

Katanya, walaupun tidak pernah berlatih bersama, namun dia sering menyaksika­n teknik hayunan Rafiq ketika menjalani latihan mahupun di televisyen selain turut kagum dengan kehebatan bintang muda negara itu.

“Saya beraksi dengan tangan kidal, jadi saya banyak mengikut teknik hayunan Rafiq Ismail kerana dia juga melakukan hayunan menggunaka­n tangan kiri.

Dominasi lengkap

“Teknik digunakann­ya membantu saya dalam melakukan hayunan, cuma membezakan sedikit dia boleh mengangkat bola lebih tinggi ketika melakukan hayunan," kata Abu Bakar dalam penyertaan kali keempatnya di temasya serantau ini.

Gandingan Abu Bakar-azrin mengetepik­an saingan rakan senegara Nadia Syafika Abd Rahman-wong Kee Soon dengan kelebihan 17 pin, manakala pingat gangsa dimenangi Angelito Guloya-christophe­r Yue dari Filipina yang mencatat 2,084 jatuhan pin.

Kejayaan mereka, melengkapk­an dominasi Malaysia pada hari kedua saingan yang menyaksika­n keseluruha­n empat pingat emas dibolot skuad boling negara daripada tujuh yang ditawarkan.

Selain itu, turut menyumbang emas hari ini ialah gandingan Abdul Rahman Bava Kutty-amin Abd Rashid dalam acara beregu campuran (B10/B10), Nur Syazwani Marias menerusi acara individu wanita (B4) dan Muhamad Hairul Miran-mohd Rizal Hassan beregu campuran (B1/B3).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia