Berita Harian

Indeks Harga Pengguna Ogos naik 3.7 peratus

-

Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.7 peratus kepada 119.9 pada Ogos 2017, daripada 115.6 pada bulan yang sama 2016, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataan semalam, jabatan itu berkata, antara kumpulan utama yang mencatatka­n peningkata­n adalah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus); restoran dan hotel (+2.8 peratus); kesihatan (+2.7 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.7 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus).

Sementara itu, indeks kumpulan pengangkut­an menunjukka­n peningkata­n ketara iaitu 11.7 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Ogos 2017, selepas naik 7.7 peratus pada Julai 2017.

Harga purata satu liter petrol RON95 ialah RM2.12 pada Ogos 2017 iaitu lebih tinggi berbanding RM1.75 pada Ogos 2016.

Bagi petrol RON97, harga purata ialah RM2.39 pada Ogos 2017 berbanding RM2.10 pada Ogos 2016.

Kelas perbelanja­an bahan api dan pelincir untuk pengangkut­an persendiri­an menyumbang 7.8 peratus kepada wajaran IHP.

Enam negeri mencatatka­n kenaikan lebih tinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu melebihi paras indeks nasional bagi Ogos 2017 berbanding bulan sama 2016.

Indeks bagi kumpulan itu naik 5.0 peratus di Johor; 4.9 peratus di Melaka; 4.8 peratus di Pulau Pinang; 4.8 peratus di Sabah dan Labuan; 4.8 peratus di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan 4.5 peratus di Kedah dan Perlis.

Inflasi teras naik 2.4 peratus

Berdasarka­n terma pelarasan musim, IHP bagi Ogos 2017 naik 0.9 peratus berbanding Julai 2017, manakala inflasi teras naik 2.4 peratus bagi Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama 2016.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada peningkata­n kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus); pengangkut­an (+2.1 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.9 peratus); restoran dan hotel (+2.8 peratus); kesihatan (+2.7 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.7 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia