Idham sekadar beri sokongan
Sebagai pengarah berpengalaman, Ahamd Idham Ahmad Nadzri yang mempertaruhkan tiga filem iaitu Pencuri Hati Mr Cinderella, Mat Moto Otai dan Minah Moto menyerahkan segala-galanya kepada kebijaksanaan juri.
Baginya, sukar untuk meramalkan peluang setiap filem terutama dari sudut penjurian yang didakwanya tidak konsisten dan sentiasa berubah-ubah.
“Sekiranya sesebuah filem dihasilkan mengikut tema dan konsep yang ditetapkan pada tahun itu, peluang untuk karya itu menyerlah lebih positif. Sekalipun menghasilkan filem terbaik, namun tema dan konsep tidak selari dengan kemahuan juri, kita perlu akur dengan keputusan.
“Sebagai pembikin yang sudah masak dengan permainan industri. Jadi, saya hanya hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan malam penghargaan,” katanya.
Ahmad Idham pernah meraih trofi Pengarah Harapan pada FFM16 menerusi filem
Mr Cinderella pada 2002.