Berita Harian

TLDM dapat kapal misi pesisir tahun depan

Pembinaan LMS di China ikut jadual ditetapkan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima satu daripada empat kapal misi pesisir (LMS) yang dibeli dari China pada Oktober tahun depan dalam usaha memantapka­n kecekapan armada ketumbukan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata dua LMS kini sedang dibina oleh Boustead Naval Shipyard dan China Shipbuildi­ng & Offshore Internatio­nal Co Ltd.

“Saya berpuas hati dengan laporan perkembang­an perolehan dua LMS yang sedang dibina di China ketika ini. Pembinaan LMS ini berada di landasan yang betul serta mengikut jadual ditetapkan.

“Kita akan memperoleh sebuah daripada dua LMS yang sedang dibina di China pada Oktober 2019 manakala dua lagi LMS akan dibina di Malaysia selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan semalam berhubung lawatan kerjanya ke China selama tiga hari bermula kelmarin.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan kira-kira RM1 bilion untuk membeli empat LMS dari China bagi memantapka­n kecekapan armada TLDM, sekaligus meletakkan sistem pertahanan negara dalam keadaan siapsiaga.

Berhubung lawatan kerjanya, Hishammudd­in berkata, pelbagai perkara dibincangk­an khususnya mengenai ancaman keganasan Daesh dan keselamata­n serantau selain kerjasama ketenteraa­n di antara keduadua negara.

Pantau ancaman Daesh

“Berhubung ancaman Daesh, keduadua negara memantau rapat usaha terbaru kumpulan berkenaan untuk bertapak mengukuhka­n pengaruh di Asia Tenggara, terutama selepas mereka menghadapi tentangan sengit di Syria dan Iraq.

“Insiden di Marawi, Selatan Filipina membuktika­n Daesh mahu mewujudkan wilayah pemerintah­an di Asia Tenggara. Lebih membimbang­kan apabila terdapat pengganas yang mempunyai kaitan dengan Daesh dari beberapa negara turut berperang menentang tentera Filipina di Marawi,” katanya.

Kita akan memperoleh sebuah daripada dua LMS yang sedang dibina di China pada Oktober 2019 manakala dua lagi LMS akan dibina di Malaysia selepas itu” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Hishammudd­in ketika mengadakan pertemuan Negara China, Yang Jiechi, semalam. dengan Kaunselor
[FOTO BERNAMA] Hishammudd­in ketika mengadakan pertemuan Negara China, Yang Jiechi, semalam. dengan Kaunselor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia