Berita Harian

Kementeria­n, PBT bincang masalah sosial di KL

-

Putrajaya: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n akan mengadakan mesyuarat khas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) esok bagi berbincang dan mencari jalan penyelesai­an terhadap masalah sosial yang semakin meruncing di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata semua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur kini berhadapan masalah itu, khususnya membabitka­n golongan muda, dengan ada antara mereka yang tidak bersekolah serta tidak diabaikan ibu bapa.

“Saya sudah bercakap dengan wakil rakyat mengenai masalah ini. Kita adakan program pembaharua­n bandar dengan menyediaka­n tempat riadah untuk golongan muda ini kerana kita sedar kadangkala rumah yang diduduki mereka ini bersaiz kecil dengan penghuni yang ramai, menyebabka­n mereka berkeliara­n tanpa arah tuju.

“Kita juga mengenal pasti kediaman yang disewakan kepada warga asing dan apa yang menyedihka­n, ada yang kita tangkap menjual pil kuda dan macam-macam lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Grassrootz Skatefest 2017 di sini, semalam.

Pada program itu, seramai 516 orang menyertai acara sukan papan selaju itu dan ia turut dicatatkan dalam The Malaysia Book of Record sebagai Penyertaan Pemain Papan Selaju Paling Ramai Dalam Satu Acara.

Bakal buat pembaharua­n

Tengku Adnan berkata, pihaknya juga akan melakukan beberapa pembaharua­n lain di Kuala Lumpur, termasuk membangunk­an semula Perumahan Awam Seri Perlis dengan membesarka­n keluasan rumah dan menambah baik Pasar Keramat.

“Kita juga akan bercakap dengan tuan rumah bahawa mereka tidak boleh menjadikan rumah itu sebagai ruang niaga dan jika ingkar, kita akan membatalka­n perjanjian penyewaan,” katanya.

Sementara itu, berhubung kes penyelewen­gan dana pembanguna­n kemahiran untuk sebuah badan berkanun yang mengaitkan seorang pemimpin UMNO di Bagan Datuk, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata beliau belum mendapat laporan penuh tetapi memberi jaminan akan mengambil tindakan mengikut perlembaga­an parti.

Kita juga mengenal pasti kediaman yang disewakan kepada warga asing dan apa yang menyedihka­n, ada yang kita tangkap menjual pil kuda dan macammacam lagi” Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutua­n

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Tengku Adnan bersama sebahagian peserta selepas merasmikan Program Grassrootz Skatefest di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Tengku Adnan bersama sebahagian peserta selepas merasmikan Program Grassrootz Skatefest di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia