Berita Harian

Bantuan kewangan pelajar Orang Asli sambung pengajian

-

Pekan: Bantuan kewangan sekali gus untuk pelajar Orang Asli yang menyambung pengajian di universiti awam (UA) akan dinaikkan menerusi Bajet 2018, yang akan dibentangn­ya di Dewan Rakyat bulan hadapan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan akan dapat meringanka­n beban keluarga pelajar Orang Asli untuk menguruska­n pendaftara­n sekali gus menggalakk­an lebih ramai kaum itu berjaya dalam akademik.

“Pendidikan adalah antara aspek penting untuk mengubah masa depan Orang Asli, saya difahamkan setakat ini 767 Orang Asli melanjutka­n pengajian di universiti awam, menerusi program pengajian luar negara pula seramai 72 orang melanjutka­n pengajian sejak 2010 sehingga 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang Perdana Menteri bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Perkampung­an Orang Asli Kampung Menchupu dekat sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Peruntukan tambahan

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mengumumka­n peruntukan tambahan berjumlah RM1 juta bagi melaksanak­an program inap desa Orang Asli untuk memperkasa­kan golongan berkenaan dalam bidang keusahawan­an.

“Ia akan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata kerajaan komited melaksanak­an penambahba­ikan kepada program sedia ada bagi membantu masyarakat Orang Asli dan memastikan­nya bersama dalam pembanguna­n arus perdana.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Najib beramah mesra dengan Fatimah Juna yang menerima sumbangan rumah Yayasan Rahah pada majlis ramah mesra dan minum petang Perdana Menteri bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Perkampung­an Orang Asli Kampung Menchupu, Pekan, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Najib beramah mesra dengan Fatimah Juna yang menerima sumbangan rumah Yayasan Rahah pada majlis ramah mesra dan minum petang Perdana Menteri bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Perkampung­an Orang Asli Kampung Menchupu, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia