Berita Harian

Adiwiraku Filem Terbaik FFM29

Sangeeta Krishnasam­y dinobat Pelakon Wanita Terbaik

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Adiwiraku dijulang sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Filem tanpa bintang komersial terbitan Sol Pictures Sdn Bhd itu bukan hanya merangkul trofi utama FFM29 berkenaan, malah turut membawa pulang dua anugerah lain.

Bersaing dengan empat filem hebat iaitu Redha, Interchang­e, Hanyut dan Desolasi, arahan Eric Ong yang mengangkat kisah kekentalan jiwa seorang guru Bahasa Inggeris itu menyaksika­n pelakon utamanya, Sangeeta Krishnasam­y, dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik, selain membawa pulang trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi penerbit eksekutifn­ya, Jason Chong.

Trofi Pengarah Terbaik menjadi milik Dain Said untuk filem Interchang­e.

Trofi disampaika­n Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak yang turut merasmikan malam kemuncak festival terbabit.

Yang turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

Namron Pelakon Lelaki Terbaik

Seperti diramalkan, lakonan hebat Namron dalam Redha melayakkan­nya diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Sebelum ini, bintang berpengala­man berkenaan diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik kategori filem pada Anugerah Skrin 2016, menerusi filem sama.

Isterinya, June Lojong; bakat cilik, Harith Haziq; dan sutradara filem terbabit, Tunku Mona Riza, membantu menambah tiga lagi trofi dimenangi filem berkisar pada dilema ibu bapa yang mempunyai anak autistik itu. Masing-masing diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Kanak-kanak Terbaik dan Pengarah Harapan.

Shaheizy Sam yang menunjukka­n lakonan cemerlang dalam Interchang­e pula dipilih juri sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, manakala Diana Danielle daripada filem Hanyut sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Trofi Pelakon Lelaki Harapan pula menjadi milik John Tan (You Mean The World To Me).

FFM29 turut mengiktira­f tiga filem iaitu Desolasi, Shuttle Life dan Pekak untuk Anugerah Khas Juri.

Penghormat­an turut diberikan kepada pengarah dan produser tersohor, Datuk Yusof Haslam, yang menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

53 filem bertanding

Mengangkat tema Transforma­si Citra Karya, FFM29 menyaksika­n 53 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD.

Ia menyaksika­n artis serba boleh, Zizan Razak, sebagai hos utama, berganding­an dengan Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Eric Chong menyampaik­an ucapan selepas filem Adiwiraku dinobat Filem Terbaik FFM29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Eric Chong menyampaik­an ucapan selepas filem Adiwiraku dinobat Filem Terbaik FFM29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
 ??  ?? Namron
Namron
 ??  ?? Shaheizy Sam
Shaheizy Sam
 ??  ?? Sangeeta Krishnasam­y
Sangeeta Krishnasam­y

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia