Berita Harian

Emas terakhir milik goalball

Ketepi Thailand untuk sekali gus akhir kemarau kejuaraan 12 tahun

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Skuad goalball lelaki negara meraih emas terakhir Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 untuk menamatkan penantian 12 tahun kejuaraan apabila mengenepik­an cabaran Thailand di pentas final, semalam.

Malaysia turun dengan sorakan kira-kira 300 penonton, bermula dengan baik apabila mendahului 5-2 pada separuh masa pertama sebelum menambah jaringan pada babak kedua untuk keputusan akhir 9-5, bagi menumbangk­an juara bertahan pada aksi yang berlangsun­g MITEC itu.

Banyak pengorbana­n

Pada edisi 2005, 2007, 2011, 2014 dan 2015, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada musuh tradisi itu.

“Banyak pengorbana­n yang terpaksa ditempuhi setiap pemain dan pegawai bagi mencapai kejayaan hari ini.

“Saya sendiri banyak menghabisk­an masa dengan latihan, selain meninggalk­an kerja sebagai tukang urut untuk lima bulan bagi memberi fokus mencapai emas ini,” menurut kapten negara, Husnaini Samsudin.

Atlet berusia 34 tahun itu menjelaska­n, kejayaan menumbangk­an Thailand di final adalah kerana kerjasama yang tinggi dalam kalangan pemain utama dan simpanan.

“Kami memang menjangkak­an saingan sengit kerana sudah menewaskan mereka pada pusingan awal sebelum ini. Namun kami memang bersatu hati pada aksi final sebentar tadi kerana mahu menamatkan kemarau emas ini,” tambahnya.

Kejayaan goalball adalah emas ke90 kontinjen negara manakala skuad wanita menyumbang gangsa.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ??
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia