Berita Harian

Usia tak sekat Sow Fun wakili negara

-

Kuala Lumpur: Ketika ramai wanita seusianya menghabisk­an masa di rumah, Chung Sow Fun sebaliknya membuka lembaran baharu dengan memilih untuk menjadi atlet negara dan ia nyata berbaloi.

Sow Fun, 58, menjadi atlet paling berusia dalam skuad pingpong negara dan pada usianya itu dia masih lagi mampu menyumbang­kan pingat gangsa SF5 (duduk normal, tangan dan lengan berfungsi) individu pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Dia menegaskan bahawa andai terpilih beraksi di temasya Sukan Para ASEAN di Manila dua tahun lagi, dia sanggup mengibarka­n cabaran dan tidak pernah menjadikan usia sebagai penghalang kepadanya mewakili negara.

"Jika terpilih mengapa tidak. Saya akan tetap mewakili negara selagi mampu.

Masih bersemanga­t

"Tambahan pula saya baru bermula dalam sukan ini selepas bersara iaitu pada usia 50 tahun.

"Jadi saya masih bersemanga­t untuk mewakili negara," katanya yang berpengala­man beraksi sebanyak empat kali di Sukan Para ASEAN dengan pencapaian terbaik adalah memenangi perak di Singapura.

Menceritak­an permulaan kariernya, Sow Fun menjadikan pingpong sebagai aktiviti mengisi masa lapangnya selepas bersara daripada kerjaya sebagai pelukis pelan.

Mempunyai kelebihan pukulan stroke yang mantap Sow Fun antara watak penting sebagai pemain wanita dalam acara individu.

Ditanya apakah rahsianya kekal cergas sehingga kini, Sow Fun berkata dia hanya mengamalka­n gaya hidup sihat dan menjalanka­n aktiviti harian seperti biasa.

"Saya hanya melakukan kerja rumah seperti biasa. Memasak di rumah untuk 12 hingga 15 orang setiap hari. Itu saja yang saya lakukan selain berlatih pingpong," katanya.

Emas pingpong SF5 dimenangi atlet Indonesia Roslinda Br Manurung dan perak dimenangi pemain negara Tan Kee Chok.

 ??  ?? Chung Sow Fun
Chung Sow Fun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia