Berita Harian

Bibi guna wang sendiri lunas gaji

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan (gambar) akan mengeluark­an sejumlah wang peribadiny­a bagi melunaskan gaji pemain The Red Warriors (TRW) sebelum menentang pasukan PKNS FC pada 27 September ini.

Usahawan wanita itu berkata, wang berkenaan akan menyelesai­kan masalah gaji pemain bagi Julai dan Ogos yang akan diserahkan pada satu majlis bersama pemain nanti.

“Saya akan bayar menggunaka­n duit sendiri pada satu majlis yang akan diberitahu pada media nanti,” katanya di sini semalam mengulas mengenai isu gaji pemain yang belum berbayar.

Bakar semangat

Mengulas lanjut, Bibi berkata, perkara itu diharap dapat membantu menaikkan semangat pemain sekali gus memberi kelebihan kepada TRW mencipta kemenangan ketika berdepan pasukan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV nanti.

Katanya, keutamaan KAFA kini adalah mahu mengekalka­n pasukan TRW dalam Liga Super bagi musim 2018.

“Kita nak pemain bersemanga­t dan amat berharap menang dalam dua baki aksi,” katanya.

Selain itu, Bibi yang dipilih sebagai Presiden KAFA bagi penggal 20172021 itu berkata beliau juga sedang dalam usaha menyemarak­kan kembali sokongan penyokong dan peminat bola sepak Kelantan.

“Satu pertemuan akan diadakan bersama kelab penyokong bagi mewujudkan satu kerjasama demi kemajuan pasukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia