Berita Harian

Perang mulut Trump, Jong-un semakin hangat

Masing-masing saling berbalas retorik lantang, ugut mengugut untuk menyerang

-

Perang mulut antara Donald Trump dan Kim Jong-un, sampai ke kemuncakny­a kelmarin apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) menggelar pemimpin Korea Utara ‘lelaki gila’, sehari selepas rejim terbabit memberi isyarat ia mungkin meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Beberapa jam sebelum itu, dalam serangan peribadi jarang dibuat, Jong-un menyasar Trump, menggelar beliau ‘sakit mental’ dan ‘orang tua nyanyuk’ sambil memberi amaran pemimpin AS itu terpaksa ‚membayar harga mahal‘ terhadap ancamannya memusnahka­n Korea Utara jika dicabar, dikeluarka­n sebelum Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perang lisan itu berlaku sehari selepas Washington mengumumka­n sekatan lebih keras bertujuan mengekang program nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara, pada penghujung ucapan Trump di Perhimpuna­n Agung PBB ketika beliau memberi gelaran ‚Lelaki Roket‘ dalam misi bunuh diri ke atas Jong-un.

Jong-un mahu jinak Trump

“Kim Jong-un dari Korea Utara, jelasnya seorang lelaki gila yang tidak kisah membiarkan rakyatnya kebuluran atau membunuh mereka, akan diuji seperti tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Trump awal pagi kelmarin menerusi Twitter.

Jong-un turut menyelar secara lantang Trump, berjanji akan ‘menjinakka­n pemimpin AS tua nyanyuk yang sakit mental dengan serangan’ dalam ucapan dibacakan di televisyen oleh pembaca berita dengan imej Jong-un duduk di meja.

“Trump menghina saya dan negara saya di hadapan dunia dan membuat perisytiha­ran perang paling ganas dalam sejarah.

“Saya akan menjadikan lelaki yang memegang arahan atasan di AS itu membayar harga mahal atas ucapannya,” kata Jong-un menurut agensi berita KCNA.

Russia dan China merayu keduaduany­a menamatkan retorik masingmasi­ng dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, mengulas ia seperti ‘pergaduhan antara kanak-kanak tadika’. Pemimpin Korea Utara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia