Berita Harian

Penduduk Jepun usia 90 tahun kini lebih 2 juta

-

Tokyo: Jumlah penduduk Jepun berusia 90 tahun dan lebih kini menjangkau dua juta orang buat kali pertama dengan rekod 7.7 juta berusia 65 tahun memperoleh pendapatan dalam bidang fesyen, menurut anggaran terbaru dikeluarka­n kerajaan.

Data itu dikeluarka­n sempena Hari Menghormat­i Penduduk Berusia baru-baru ini, adalah gambaran jelas negara paling pantas berusia itu di mana lebih ramai penduduk di usia persaraan masih bekerja di tengah jumlah penduduk semakin mengecil.

Jumlah penduduk berusia 90 tahun atau lebih mencatat 120,000 orang pada 1980-an dan meningkat sejak itu, mencecah 1.02 juta pada 2004.

Sehingga 15 September lalu, jumlah kumpulan usia itu meningkat dua kali ganda kepada 2.06 juta, bertambah 140,000 daripada tahun sebelumnya.

Menurut Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, jumlah golongan berusia, 65 tahun atau lebih, yang memiliki pekerjaan, meningkat kepada rekod 7.7 juta orang pada 2016, bertambah 380,000 daripada tahun sebelumnya.

Semangat untuk bekerja

Mereka kini terdiri daripada 11.9 peratus golongan bekerja di Jepun.

Antara pekerja berusia, 3.01 juta atau 39 peratus adalah pekerja separuh masa atau kakitangan bukan penuh, meningkat 2.5 kali ganda sejak 2006, menurut data.

“Golongan berusia bersemanga­t bekerja dan lebih banyak syarikat menerima mereka,” kata seorang pegawai kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia