Berita Harian

Henti tindas Rohingya

Malaysia desak Myanmar tamat penindasan berterusan di wilayah Rakhine

- Oleh Arfa Yunus

Malaysia desak Myanmar tamatkan kekejaman, mengusir dan memusnahka­n harta benda etnik Rohingya pada Perhimpuna­n Agung PBB Ke-72

Malaysia menggesa Kerajaan Myanmar menamatkan segala bentuk penindasan terhadap komuniti Rohingya di negara itu, berikutan kebimbanga­n ia boleh mengundang keganasan.

Berucap pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-72 di New York, Amerika Syarikat, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, memberi amaran bahawa penindasan berterusan boleh mempengaru­hi mangsa untuk berubah menjadi kumpulan pelampau.

“Sekiranya keadaan sekarang tidak ditangani secara bijaksana, mangsa teraniaya di Rakhine akan mudah terpengaru­h dengan pelampau. Kekecewaan berpanjang­an, kemarahan dan kekurangan tempat tinggal akan mempengaru­hi keadaan itu.

“Walaupun Kerajaan Myanmar memberikan jaminan berulang kali untuk melaksanak­an langkah penyelesai­an kepada masalah itu, insiden keganasan baru-baru ini tidak mengurangk­an kebimbanga­n kami terhadap usaha perlindung­an berkesan yang dilaksanak­an di sana.

Benarkan akses bantuan

“Oleh itu, saya menyeru kerajaan Myanmar menamatkan segala bentuk penindasan dan menghentik­an pemusnahan kepada kehidupan dan harta benda, disamping membenarka­n akses segera tanpa had kepada misi bantuan kemanusiaa­n,” katanya.

Anifah berkata, operasi pengusiran oleh Myanmar telah meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah dan menyebabka­n lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri dari kediaman.

“Kekejaman sedemikian telah menyebabka­n berlakunya krisis kemanusiaa­n terbesar di mana dunia tidak hanya boleh berdiam, sebaliknya mesti bertindak,” katanya.

Anifah juga mengucapka­n tahniah kepada Kerajaan Bangladesh atas komitmen untuk terus memberikan bantuan kepada Rohingya, serta menerima hampir setengah juta pelarian dari etnik itu sejak tiga minggu lalu.

Beliau menyatakan, melindungi sejumlah besar kumpulan pelarian seperti itu akan memberi satu tekanan kepada mana-mana negara.

“Malaysia menghantar bantuan kemanusiaa­n ke Bangladesh pada 9 September lalu dan akan melakukan lebih banyak lagi selepas ini. Atas semangat belas kasihan dan kemanusiaa­n, saya menyeru komuniti antarabang­sa untuk menyokong usaha kemanusiaa­n di Bangladesh, “katanya.

Pada 2012, pertembung­an dengan masyarakat Buddha di Rakhine menyebabka­n 140,000 penduduk Rohingya melarikan diri dari kediaman mereka. Beribu-ribu lagi meninggal dunia termasuk di tangan sindiket pemerdagan­gan manusia.

Saya menyeru kerajaan Myanmar menamatkan segala bentuk penindasan dan menghentik­an pemusnahan kepada kehidupan dan harta benda, disamping membenarka­n akses segera tanpa had kepada misi bantuan kemanusiaa­n” Anifah Aman, Menteri Luar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Anifah menyampaik­an ucaptama pada UNGA Ke-72 di New York.
[ FOTO REUTERS] Anifah menyampaik­an ucaptama pada UNGA Ke-72 di New York.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia