Berita Harian

Pembentuka­n sahsiah anak tanggungja­wab ibu bapa

-

Kebejatan moral dalam kalangan remaja di Malaysia kini berada pada tahap yang amat membimbang­kan, bagai telur di hujung tanduk. Terbaharu seluruh rakyat digemparka­n dengan berita tujuh remaja menjadi dalang kejadian jenayah membakar tahfiz di Kuala Lumpur, yang menyebabka­n kematian seramai 23 orang pelajar.

Lebih mengejutka­n, salah seorang penjenayah itu berusia 12 tahun dan enam daripadany­a adalah penagih ganja. Di manakah silapnya sehingga remaja kini yang sanggup berbuat demikian hingga menyebabka­n kematian, tanpa belas kasihan? Salah kerajaan, sistem pendidikan atau ibu ayah?

Di sini pentingnya setiap individu memainkan peranan muhasabah diri dalam membendung kebejatan moral remaja masa kini. Justeru, acap kali perkara ini menjadi topik hangat dan perbualan masyarakat kita sejak kebelakang­an ini. Lebih parah lagi, masingmasi­ng menuding jari saling salah menyalahi pelbagai pihak dan individu.

Guru dinafi hak menghukum

Tidakkah kita patut menyedari bahawa tanggungja­wab ini perlu digalas bersama bagi menggemble­ng tenaga membantera­s jenayah dalam kalangan remaja. Tidak lupa juga dengan keadaan di mana seorang guru tidak boleh menghukum atau merotan murid jika melakukan kesalahan menjadi salah satu punca terbesar runtuhnya akhlak remaja akhir zaman ini.

Kebanyakan ibu bapa generasi Z ini akan memfailkan saman ke atas guru atau menyerang guru di sekolah jika anak mereka disentuh. Hal ini menyebabka­n kebanyakan adab dan moral generasi Z ini berada pada tahap kritikal.

Perkara yang utama sekali adalah ibu bapa perlu sedar akan amanah yang Allah SWT anugerahka­n kepada mereka iaitu anak.

Akhir zaman ini, ramai ibu bapa memandang remeh hal ini serta ‘lepas tangan’ dalam membentuk sahsiah anak mereka. Mereka beranggapa­n pendidik di sekolah lebih bertanggun­gjawab berbanding mereka. Mentaliti ini harus diubah kerana pendidikan seorang anak itu bermula dari rumah.

Lahirnya seorang anak itu bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan oleh kedua ibu bapa sebaiknya. Lambakan remaja yang terjebak dalam kes jenayah kebanyakan­nya berasal dari keluarga porak-peranda atau bercerai-berai. Statistik menunjukka­n jumlah kes jenayah membabitka­n pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun.

Statistik kes jenayah naik

Berdasarka­n statistik dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012, iaitu membabitka­n peningkata­n sebanyak 4,116 kes. Selain itu, statistik bilangan pelajar di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti sehingga 31 Mei 2016 berjumlah 2353 pelajar pada 2016.

Lebih parah, golongan remaja ini majoritiny­a bangsa Melayu beragama Islam dengan pelbagai kes jenayah seperti menagih dadah, merogol, meragut, bahkan membunuh. Krisis akhlak dan moral golongan remaja ini amat menggerunk­an masyarakat Malaysia kerana dengan ini jelas negara berada dalam keadaan tenat, jika melihat kepada moral tunjang negara iaitu golongan pemuda pemudi.

Kesimpulan­nya, tanggungja­wab dalam menangani kebejatan moral remaja masa kini tidak hanya terletak pada bahu kedua ibu bapa mahupun pihak berkuasa sahaja. Setiap individu mempunyai tanggungja­wab dalam memastikan anak muda tidak melakukan salah laku jenayah sekali gus memelihara moral aset negara ini.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Guru turut berperanan mendidik remaja ketika mereka di sekolah.
[FOTO HIASAN] Guru turut berperanan mendidik remaja ketika mereka di sekolah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia