Berita Harian

KECURIAN KERTAS UJIAN KAFA

Kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka ditahan bantu siasatan

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kehilangan kertas Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2017 dalam kejadian pecah masuk pejabat Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam, menyebabka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyusun semula jadual peperiksaa­n itu yang bermula Isnin ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata pihaknya dimaklumka­n, pihak yang memecah masuk bangunan itu, mengambil kertas soalan bagi tiga subjek UPKK.

Katanya, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian terbabit supaya tindakan undangunda­ng dapat diambil tetapi kejadian itu tidak menjejaska­n pelaksanaa­n UPKK 2017, kerana JAKIM menyediaka­n set soalan kedua bagi subjek yang terbabit.

Pastikan kelancaran

“Bagi memastikan kelancaran UPKK 2017, JAKIM menyusun jadual peperiksaa­n yang baharu. Hari pertama peperiksaa­n Isnin ini, ujian kertas Sirah akan bermula jam 2.15 hingga 3.45 petang, manakala kertas Adab (Akhlak Islamiyah 1) mulai jam 4 hingga 5.30 petang.

“Hari kedua membabitka­n kertas Lughah Al-quran bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang.

“Ujian kertas Ulum Syariah akan diadakan pada hari ketiga, bermula pada jam 2.30 hingga 4 petang dan kertas Adab (Akhlak Islamiyah 2) pada jam 4.15 hingga 5.15 petang hari yang sama.

“Hari terakhir pada Khamis 5 Oktober akan diadakan ujian untuk kertas Pelajaran Jawi dan Khat yang bermula pada jam 2.30 sehingga 4 petang,” katanya.

JAKIM menyediaka­n set soalan kedua bagi subjek terbabit” Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia