Berita Harian

DANA AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

PM umum saiz dana AHB ditambah sebanyak 500 juta unit

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n saiz dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ditambah sebanyak 500 juta unit.

Perdana Menteri berkata, penambahan itu menjadikan keseluruha­n dana AHB mencecah 4 bilion unit.

“AHB juga memberi pulangan konsisten, iaitu sekitar 6.2 peratus. Ia pulangan yang begitu menarik yang mana kita boleh tunaikan duit kita pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran unit tambahan berkenaan, di sini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Md Nor Md Yusof serta Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan AHB turut mengumumka­n 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja baharu yang dibuka bermula Isnin ini bagi menggalakk­an penyertaan pelabur muda.

Rebut peluang buka akaun

“Saya menyeru ibu bapa merebut peluang ini dengan membuka akaun AHB untuk anak mereka. Saya difahamkan Akaun Remaja ini adalah untuk kanak-kanak berumur tiga bulan ke atas sehingga bawah 18 tahun,” katanya.

Perdana Menteri juga mahu Bumiputera mula melabur untuk pemilikan aset hartanah komersial di bandar.

Sebelum ini, katanya, Bumiputera lebih terarah untuk memiliki hartanah di pekan kecil dan pinggir bandar sebagai aset.

Beliau berkata, Bumiputera perlu berani melabur bagi pemilikan aset seperti hartanah yang tertumpu di bandar besar kerana langkah itu dapat meraih pulangan lebih tinggi.

Sebab itu, katanya, kerajaan memperkena­lkan Dasar Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera, antara lain untuk membantu memperkuku­h penguasaan sektor hartanah komersial oleh Bumiputera.

Penyertaan kukuh Bumiputera

Perdana Menteri berkata, peralihan pelaburan hartanah dari pekan kecil ke tengah bandar dapat memastikan penyertaan kukuh Bumiputera dalam sektor hartanah komersial dengan meraih pulangan tinggi, sekali gus menjana kekayaan bagi golongan berkenaan.

“Tujuan AHB diwujudkan adalah bagi memberi peluang masyarakat Bumiputera dapat turut serta melabur dan mengambil bahagian dalam pemilikan hartanah komersial di Malaysia melalui pegangan unit yang disediakan AHB.

“Ini semestinya membuka peluang kepada masyarakat Bumiputera untuk berkongsi pemilikan ke atas aset ini, sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatk­an lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial,” katanya.

Sejak dilancarka­n pada 2010, Perdana Menteri berkata, AHB mendapat sambutan menggalakk­an orang ramai hingga dana itu perlu ditambah sebanyak empat kali.

AHB adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia, diuruskan PHB yang dilancarka­n pada 29 November 2010 dengan permulaan 1 bilion unit.

Had maksimum pelaburan skim itu kini berjumlah RM500,000, manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Najib bersama wakil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak selepas menyampaik­an replika Promosi Akaun Remaja pada majlis Pelancaran Unit Tambahan AHB, yang turut disertai Johari (empat dari kanan), Md Nor (dua dari kiri) dan Kamalul Arifin (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Najib bersama wakil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak selepas menyampaik­an replika Promosi Akaun Remaja pada majlis Pelancaran Unit Tambahan AHB, yang turut disertai Johari (empat dari kanan), Md Nor (dua dari kiri) dan Kamalul Arifin (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia