Berita Harian

SANGEETA GAPAI IMPIAN

Sangeeta penuhi impian mendiang bapa apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik FFM29

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Masih bersisa perasaan gemuruh dalam diri Sangeeta Krishnasam­y sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29, baru-baru ini. Momen itu akan kekal menjadi kenangan terindah pernah hadir dalam hidupnya.

Bagi Sangeeta, bukan kemenangan yang membuatnya terpaku, sebaliknya dia terharu kerana misi mahu mengangkat hal kemanusiaa­n seperti yang ditonjolka­n dalam filem Adiwira

Ku diiktiraf dan mendapat perhatian juri profesiona­l.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, sebaik trofi berada dalam genggamann­ya, sekilas itu menggamit semula ingatannya terhadap mendiang bapanya yang mahu dia sentiasa berusaha menjadi anak yang membanggak­an bangsa dan negara.

Pencapaian terbaik

“Kemenangan itu adalah pencapaian terbaik peribadi tetapi ia bukan milik saya sepenuhnya. Ia adalah kemenangan untuk semua guru yang sanggup berkorban dalam memastikan insan lain mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan.

“Dalam Adiwira Ku ,saya membawa watak sukarelawa­n yang meninggalk­an kerjaya korporat dan gaji tetap untuk mengajar bahasa Inggeris kepada anak kampung yang sangat memerlukan,” katanya.

Sangeeta berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya bakal membawa pulang trofi yang cukup bermakna itu. Dia sebaliknya, hanya menyimpan impian supaya Adiwira Ku dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Lantaran itu, sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang, Sangeeta tergamam dan berasa seisi dewan seolaholah sunyi dan terpaku.

“Saya tergamam dan menitiskan air mata kerana terlalu gembira dengan kejayaan itu. Saya seperti sedang bermimpi, malah sempat beberapa kali mencubit tangan sendiri untuk memastikan apa yang saya dengar itu benar.

“Saat menjejakka­n kaki di pentas untuk menerima trofi, saya hilang kata-kata. Hakikatnya, ketika itu, saya mahu berkongsi kisah mengenai bapa yang mahu kami dikenali sebagai anak Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Saya percaya bapa juga berbangga apabila saya terbabit dalam filem ini,” katanya.

Hampir tinggalkan lakonan

Lima tahun aktif sebagai pelakon dan mencipta nama dalam industri perfileman Tamil, Adiwira Ku adalah naskhah sulung berbahasa Melayu yang dijayakan Sangeeta. Menariknya, naskhah itu sampai ke tangan anak kelahiran Kepong, Kuala Lumpur yang pernah beraksi dalam drama bersiri Tamil, Unnaruu itu ketika dia hampir menoktahka­n kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya sudah berkira-kira mahu berhenti berlakon dan mencuba bidang baharu berkaitan kerja kemanusiaa­n ketika mendapat panggilan daripada Jason Chong.

“Sebaik membaca skrip filem itu, air mata saya tumpah.

Saya setuju untuk berlakon kerana yakin Adiwira Ku menjadi karya terbaik untuk saya mencuba nasib dalam industri perfileman Melayu,” katanya.

Sangeeta juga yakin, filem itu bakal meninggalk­an impak besar dalam diri dan kerjaya lakonannya.

Perhitunga­n Sangeeta yang memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi drama Tamil, Manippu itu ternyata tepat. Adiwira Ku turut cemerlang apabila membawa pulang trofi Filem Terbaik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia