Berita Harian

Cuepacs yakin permohonan semak gaji dipertimba­ng

-

Kepala Batas: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam Malaysia (CUEPACS) yakin kerajaan dapat mempertimb­angkan semula permohonan semakan gaji, elaun, bonus dan kenaikan gred bagi beberapa jawatan penjawat awam menjelang pembentang­an Bajet 2018.

Timbalan Presiden II CUEPACS, Zainal Ismail, berkata kestabilan ekonomi Malaysia ketika ini sehingga mendapat pengiktira­fan antarabang­sa, membuatkan pihaknya yakin tuntutan terbabit tidak akan membebanka­n kerajaan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar senarai permintaan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan berharap kerajaan dapat membuat pertimbang­an sewajarnya bagi merealisas­ikannya.

“Seiring hasrat kerajaan yang ingin meningkatk­an mutu perkhidmat­an awam negara berkelas dunia, kita harap kerajaan dapat memberi inspirasi dengan menitikber­atkan kebajikan penjawat awam dari semasa ke semasa.

Tuntutan ikut kemampuan kerajaan

“CUEPACS bukan ingin menekan, tetapi tuntutan kita ini adalah mengikut kemampuan kerajaan dan kita yakin kepemimpin­an negara sekarang mampu merealisas­ikannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Dwitahunan Ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di sini, semalam.

Zainal berkata, pihaknya menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimb­angkan kenaikan gaji tahunan, menyelaras­kan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred dari 13 tahun ke 10 tahun.

“Kita dalam usaha meminta semakan dua kenaikan gaji setiap tahun, menyelaras­kan elaun, bonus sebulan gaji dan kenaikan gred yang lebih cepat.

“Permohonan ini diharap dapat dipertimba­ngkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmat­an yang lebih baik setanding dengan negara maju,” katanya.

 ??  ?? Zainal Ismail
Zainal Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia