Berita Harian

6,148 RELA bantu pantau ESSZONE

500 pegawai dilatih dalam projek perintis

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Kerajaan bersetuju menggerakk­an 6,148 pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) bagi membantu operasi pemantauan pasukan keselamata­n di 10 daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebagai permulaan 500 pegawai dan anggota RELA bakal dilatih dalam projek perintis yang diumumkan pada masa terdekat.

Menerusi pendekatan itu, katanya, anggota RELA akan menjadi barisan kedua pertahanan di ESSZONE, manakala agensi keselamata­n lain kekal sebagai pasukan utama pemantauan dan operasi di kawasan terbabit.

“Mereka (anggota RELA) tahu bentuk muka bumi selain lebih memahami setiap kawasan di situ (ESSZONE).

Latihan secepat mungkin

“Bagaimanap­un, aspek perundanga­n dan keselamata­n memerlukan latihan, jadi ia akan dibuat secepat mungkin,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dan Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromania­m; Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifli Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata jumlah anggota RELA yang akan digerakkan di ESSZONE adalah mereka yang dikenal pasti aktif daripada 121,888 anggota berdaftar di Sabah.

Lembaga Penasihat ESSZONE yang diurus MKN di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan ketika Mesyuarat Sidang MKN yang dipengerus­ikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Januari lalu.

Ia bertujuan memantapka­n lagi mekanisme sedia ada, merangkumi semua daerah di utara dan pantai timur Sabah, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

 ??  ?? Ahmad Zahid diiringi Musa bersalaman dengan anggota keselamata­n pada Majlis Ramah Mesra bersama Pasukan Keselamata­n dan Penguatkua­saan ESSZONE di Lahad Datu, semalam.
Ahmad Zahid diiringi Musa bersalaman dengan anggota keselamata­n pada Majlis Ramah Mesra bersama Pasukan Keselamata­n dan Penguatkua­saan ESSZONE di Lahad Datu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia