Berita Harian

‘Bajet 2018 seimbang, bukan populis’

Pembentang­an dibuat selepas kaji pandangan semua pihak: PM

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Azzman Abdul Jamal bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Bajet 2018 yang bakal dibentangk­an kerajaan, seimbang dan tidak bersifat populis serta akan memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengkaji cadangan yang diterima daripada semua pihak, termasuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO serta orang ramai sebelum Bajet 2018 dibentangk­an.

“Seperti biasa, bajet yang akan diumukan harus seimbang sebab kita ada membuat janji serta komitmen. Kita harus tepati semua itu.

Manfaat kepada rakyat

“Ia tidak boleh bersifat populis kerana itu adalah perbuatan yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kita mesti berhemat dan pada masa sama, bajet itu mesti memberi manfaat kepada rakyat.

“Pada masa sama, kita perlu beri kepada beberapa sektor yang menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan akan mengumumka­n sesuatu berhubung kedudukan semua pusat tahfiz di seluruh negara pada pembentang­an Bajet 2018.

“Kita juga mengambil maklum bahawa kesan tertentu berhubung persitiwa kebakaran pusat tahfiz di Keramat, baru-baru ini, maka MT mengharapk­an kerajaan bertindak secara tegas dan mengutamak­an soal keselamata­n,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Najib bersama Ahmad Zahid, Hishammudd­in dan Shahrizat ceria selepas sidang media Mesyuarat Tertinggi UMNO di PWTC, malam tadi.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Najib bersama Ahmad Zahid, Hishammudd­in dan Shahrizat ceria selepas sidang media Mesyuarat Tertinggi UMNO di PWTC, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia