Berita Harian

Senarai calon BN turut dihantar kepada SPRM

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata sebahagian nama calon Barisan Nasional (BN) yang dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, senarai itu akan ditambah dari semasa ke semasa selepas mereka disahkan menjadi calon.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, BN sudah mempunyai senarai calon bagi dipertimba­ngkan untuk PRU-14 tetapi belum disahkan manakala sebahagian nama mereka sudah dihantar kepada SPRM.

BN telus pilih calon

“BN telus dalam pemilihan calon menerusi tapisan SPRM, parti lain (pembangkan­g) tak beri pun,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussien dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selasa lalu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata BN adalah parti politik tunggal yang menghantar senarai nama calon PRU kepada agensi itu bagi memastikan individu yang bakal bertanding pada PRU-14 bebas rasuah.

Dalam pada itu, Najib berkata pelancaran Transit Aliran Massa (MRT), kejayaan berganda Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 memberi momentum positif kepada BN.

Katanya, BN akan memastikan momentum positif itu berterusan sehingga pilihan raya kerana banyak lagi yang akan dilakukan UMNO demi kepentinga­n rakyat.

Beliau turut mengumumka­n Perhimpuna­n Agung UMNO akan diadakan pada tarikh yang diputuskan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ini.

“Perhimpuna­n kali ini pastinya lebih meriah dan memberikan kesan positif kepada parti dan memanfaatk­an rakyat,” katanya.

BN telus dalam pemilihan calon menerusi tapisan SPRM, parti lain (pembangkan­g) tak beri pun” Najib Razak, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia