Berita Harian

Selaras kos rawatan pesakit dirujuk ke hospital swasta

-

Kuala lumpur: Kementeria­n Kesihatan akan menjadi orang tengah berunding dan menyelaras kos rawatan pesakit kurang berkemampu­an yang dirujuk oleh hospital kerajaan ke pusat perubatan swasta bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata kerajaan akan berbincang dengan hospital dan klinik swasta mengenai kos rawatan untuk pesakit yang mampu ditanggung oleh kerajaan.

Ketika ini, katanya, kerajaan tidak memantau harga dan kos rawatan hospital swasta.

“Ia menyebabka­n kerajaan mengeluark­an perbelanja­an besar tanggung kos rawatan pesakit kurang mampu,” katanya berucap merasmikan Edisi Penyelidik­an 4.0 Institut Jantung Negara (IJN) 2017 bertemakan The Way for Tomorrow’s Progress, di sini, semalam.

Beliau berkata, IJN menjadi hospital swasta pertama berunding kos perkhidmat­an rawatan dengan kerajaan.

Beliau memberi contoh, kos rawatan pembedahan pintasan jantung adalah RM40,000, tapi kerajaan hanya bersetuju membayar RM20,000.

“Pesakit yang dirujuk melalui Projek Tabung Bantuan daripada hospital kerajaan tidak perlu bayar apa-apa kerana kos ditanggung kerajaan,” katanya.

Beliau mengarahka­n pegawai kementeria­n menjalanka­n rundingan dengan IJN sebelum pesakit menjalani perkhidmat­an rawatan.

“Kita hantar pesakit, anda (IJN) rawat dan caj kos rawatan kepada kementeria­n. Sekiranya pesakit perlu buat pintasan, kementeria­n akan berunding dengan anda (IJN),” katanya.

Dr Subramania­m berkata, sistem itu diamalkan di beberapa negara, antaranya Jepun adakan rundingan setiap dua tahun dengan sektor swasta.

“Ia untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an kesihatan awam kepada rakyat tidak berkemampu­an.

“Kementeria­n juga wajar melaksanak­an rundingan sama dengan sektor swasta di negara ini setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa IJN meneliti semula model perkhidmat­an jangka panjang untuk tempoh 25 dan 35 tahun di institusi itu.

Beliau berkata, IJN perlu menambah baik perkhidmat­an mereka untuk mengekalka­n kejayaan sebagai pusat tumpuan perkhidmat­an kardiak.

Kerajaan akan berbincang dengan hospital dan klinik swasta mengenai kos rawatan untuk pesakit yang mampu ditanggung oleh kerajaan” Dr S Subramania­m, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia