Berita Harian

Maznah stabil selepas jalani 3 pembedahan

-

Kuala Lumpur: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforc­e Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam.

Menurut sumber, Maznah dimasukkan ke IJN dalam keadaan kritikal susulan komplikasi jantung dan menjalani tiga pembedahan berakhir pada jam 3 pagi semalam.

“Maznah mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan kedua pada jam 7 malam semalam.

“Kemudian doktor menjalanka­n pembedahan ketiga selama 5 jam yang berakhir pada jam 3 pagi semalam.

“Doktor memaklumka­n Maznah mengalami masalah injap yang mengeras akibat kalsium berlebihan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Beliau berkata, doktor juga memberitah­u Maznah berada dalam keadaan stabil dan dipantau 24 jam.

“Saya berharap semua yang mengenali dapat mendoakan agar beliau terus stabil dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia