Berita Harian

Mercy Malaysia mula operasi klinik statik

Kumpulan sukarelawa­n perubatan ambil alih tugas rawat pelarian

-

Tiga petugas perubatan daripada Mercy Malaysia, termasuk dua doktor, mula merawat pelarian Rohingya di kem pelarian tidak rasmi Balukhali di sini, kira-kira dua jam dari Cox’s Bazar.

Mereka adalah kumpulan sukarelawa­n perubatan pertama dari Malaysia yang bertugas di kem dan penempatan pelarian Rohingya secara sah selepas kira-kira 450,000 pelarian tiba di Bangladesh sejak lebih sebulan lalu.

NGO tempatan kendali klinik

Setiba di Balukhali jam 12.30 tengah hari waktu tempatan, doktor Mercy Malaysia terus mengambil alih tugas di klinik statik itu ketika puluhan pelarian Rohingya menunggu untuk mendapatka­n rawatan.

Klinik statik berkenaan dikendalik­an pertubuhan bukan kerajaan tempatan (NGO), COAST dengan dibantu petugas daripada Mercy Malaysia.

Tiga petugas perubatan Mercy Malaysia itu ialah Dr Norherah Syed Omar, Dr Myelone Tharmaseel­an dan pembantu perubatan trauma dan kecemasan, T Sochkaling­am.

Klinik statik terbabit dibuka tahun lalu sejak kemasukan pelarian Rohingya dari Myanmar pada Oktober.

48,000 pelarian berlindung di Balukhali

Balukhali ketika itu antara penempatan tidak rasmi pelarian Rohingya yang mencecah 5,000 pelarian.

Bagaimanap­un, kebanjiran etnik Rohingya dari barat Myanmar itu menyaksika­n lebih 48,000 pelarian berlindung di Balukhali.

Lebih 250,000 pelarian Rohingya berlindung di kem Kutupalong dan Balukhali yang disifatkan sebagai kem pelarian paling besar di Asia Tenggara.

Orang ramai ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan melayari laman Facebook Mercy Malaysia atau menyumbang terus kepada tabung khas Rohingya Relief Fund di akaun Mercy Humanitari­an Fund 5621795041­26 (Maybank).

Pasukan Mercy Malaysia tiba di Cox’s Bazar sejak 9 September lalu dengan misi kedua tiba di sini pada 21 September diketuai Ketua Pembanguna­n Program dan Operasi Mercy Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Puluhan pelarian Rohingya menunggu giliran untuk mendapatka­n rawatan di klinik statik kem pelarian di Balukhali.
Puluhan pelarian Rohingya menunggu giliran untuk mendapatka­n rawatan di klinik statik kem pelarian di Balukhali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia