Berita Harian

Suspek pecah masuk bangunan JAIM ditahan

-

Melaka: Seorang lelaki dipercayai kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), ditahan kerana disyaki terbabit kes pecah masuk bangunan jabatan itu yang dikaitkan dengan kehilangan beberapa kertas soalan bagi subjek peperiksaa­n Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2017.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Bukit Katil, kira-kira jam 2.30 pagi ini, beberapa jam selepas kejadian pecah masuk dilaporkan.

“Polis menahan suspek di rumahnya selepas menerima laporan daripada JAIM. Susulan tangkapann­ya, lelaki itu sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataann­ya hari ini menerima laporan kejadian pecah masuk Bahagian Pendidikan JAIM, dan mendapati kehilangan tiga kertas soalan bagi tiga subjek peperiksaa­n UPKK bagi 2017.

Insiden itu mengakibat­kan pihak berkenaan menyusun semula jadual peperiksaa­n baharu bagi memastikan kelancaran peperiksaa­n UPKK.

Segera lapor polis

Sementara itu, Pengarah JAIM, Md Azhan Samat, berkata kehilangan beberapa kertas soalan peperiksaa­n itu disedari ketika kakitangan jabatan sedang menyiapkan­nya untuk diedarkan kepada pegawai berkaitan, pagi semalam.

“Pihak kami di jabatan segera membuat laporan polis mengenai perkara itu serta memaklumka­n kepada JAKIM,” katanya.

Md Azhan berkata, suspek yang ditahan dipercayai kakitangan Bahagian Pendidikan JAIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia