Berita Harian

Puteri raja ikon sukan permotoran

Raja Saidatul Mardiah tepis stigma masyarakat sukan lasak bukan untuk lelaki sahaja

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias Wanti@bh.com.my

Kejayaan puteri ke-13 Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah, Sultan Perak ke-33 sebagai wanita pertama menjuarai Pertanding­an ‘Panglobal Alex Yoong F1 Driver Search’ dengan catatan masa terpantas menjadikan namanya popular dalam kalangan peminat sukan permotoran.

Kejayaan status keturunan diraja, Raja Saidatul Mardiah Sultan Idris A'fifullah Shah, pada 2005, dengan mencatatka­n rekod (01:05.86 jam bagi lapan pusingan), belum dipecahkan oleh mana-mana wanita sehingga ke saat ini.

Beliau adalah satu-satunya wanita yang menyertai sukan permotoran Merdeka Millenium Endurance (MME), di Sepang pada 2009.

Raja Saidatul Mardiah, 36, juga pernah dihalang oleh penganjur daripada menyertai litar balapan sukan permotoran kerana bimbang beliau akan memberi saingan hebat pada peserta lelaki.

“Saya tidak menganggap perkara itu melunturka­n semangat menyertai sukan permotoran. Malah sehingga hari ini saya masih aktif dalam sukan terbabit.

“Saya ingin membuktika­n lahir sebagai anak perempuan dalam kalangan keluarga diraja bukan penghalang untuk mencabar diri dalam apa saja bidang termasuk sukan lasak,” katanya kepada BH.

Bukan hanya dunia lelaki

Menceritak­an lanjut minatnya dalam sukan bukan mudah kerana kebimbanga­n bondanya terhadap aktiviti lasak yang diceburiny­a, namun selepas terbukti mencatat kejayaan demi kejayaan, beliau mendapat restu bondanya.

“Saya mahu menepis stigma masyarakat sukan permotoran hanya sesuai untuk dunia lelaki. Penyertaan saya ini sudah cukup membuktika­n keupayaan wanita dalam bidang berkenaan.

“Persepsi ini menyebabka­n wanita kurang mendapat galakan khususnya daripada ahli keluarga,” katanya.

30 pingat dimenangi

Dengan pembabitan aktif dan beberapa pencapaian dalam sukan lasak ini, Raja Saidatul Mardiah dinobatkan sebagai Tokoh Dang Merdu Warti yang disampaika­n Pemangku Raja Pahang, pada 13 Mei lalu.

Beliau menerima anugerah itu sempena Tokoh Persilatan Srikandi Negara yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang sukan dan menjadi ikon pada wanita lain.

Sejak berusia 13 tahun, beliau sudah mengumpulk­an lebih 30 pingat ketika menyertai pelbagai peringkat negeri dan kebangsaan dalam beberapa acara sukan seperti taekwando dan olah raga.

Aktiviti erat raja dan rakyat

Pernah mengalami kecederaan serius dalam satu pertanding­an taekwando ketika remaja tidak mematahkan semangatny­a untuk terus mencintai dunia sukan.

“Umum menyangka lahir dalam istana mestilah tidak perlu bersusah payah membuktika­n apaapa, sedangkan realitinya masih ramai anak raja yang menyertai pelbagai aktiviti yang boleh menghubung­kan rakyat dan raja.

“Status berketurun­an raja bukan menjadi halangan untuk berinterak­si, sebaliknya kami boleh bersama mengadakan aktiviti tanpa sebarang protokol dengan rakyat jelata,” katanya yang sibuk dengan program kemasyarak­atan dan sebagai Pengerusi RMI Harvest Resources.

Hormat institusi diraja

Dalam perkembang­an lain, Raja Saidatul Mardiah meluahkan kebimbanga­n melihat generasi hari ini yang semakin melupakan fungsi institusi diraja, malah budaya menghormat­i Raja-raja semakin terhakis.

“Mungkin kerana tiada usaha untuk menghidupk­an sejarah lampau menyebabka­n warisan itu semakin pudar ditelan zaman, semangat untuk berjuang mempertaha­nkan tanah air dan semangat penyatuan semakin hilang.

“Remaja hilang minat untuk mempelajar­i sejarah Melayu, asal usul raja di Tanah Melayu, kekuasaan, apa itu raja berdaulat, sumpah Melayu dan kehebatan teknologi Melayu lampau,” katanya.

Beliau berkata, generasi hari ini sedar kekuasaan wanita dan kepimpinan lelaki Melayu pada tamadun lalu, mungkin mereka lebih menghargai dan bersemanga­t untuk meneruskan kehebatan itu di tanah air ini.

Saya ingin membuktika­n lahir sebagai anak perempuan dalam kalangan keluarga diraja bukan penghalang untuk mencabar diri dalam apa saja bidang termasuk sukan lasak” Raja Saidatul Mardiah Sultan Idris A'fifullah

 ??  ??
 ??  ?? Raja Saidatul Mardiah (tiga dari kanan) selepas menerima Anugerah Dang Merdu Warti pada Malam Santapan Diraja dan Tokoh Persilatan Srikandi Negara disempurna­kan oleh Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 Mei lalu.
Raja Saidatul Mardiah (tiga dari kanan) selepas menerima Anugerah Dang Merdu Warti pada Malam Santapan Diraja dan Tokoh Persilatan Srikandi Negara disempurna­kan oleh Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 Mei lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia