Berita Harian

Perkataan Kit Siang tak bertamadun: Dzulkifli

Ketua Pesuruhjay­a SPRM selar kenyataan biadap Ketua Ahli Parlimen DAP

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

“Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka untuk menerima kritikan tetapi jangan melampau dan biadap.

“Inikah adab dan cara Lim Kit Siang. Adakah itu budaya Malaysia? Kita ada adab. Masyarakat Malaysia beradab (tetapi) perkataan digunakan Lim Kit Siang adalah tak bertamadun,” tegas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berhubung tindakan Kit Siang, membuat perumpamaa­n Dzulkifli sebagai monyet.

Dzulkifli berkata, perkataan dan perumpamaa­n yang digunakan Ketua Ahli Parlimen DAP itu, jelas menunjukka­n tahap adab yang menjadi amalan pemimpin terbabit dan rakyat boleh menilai sendiri kenyataan serta tindakanny­a itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR ‘17) Sempena Ulang tahun Penubuhan BPR/SPRM Ke-50 dan Majlis Perasmian Mural Pencegahan Rasuah SPRM Perak di Bangunan SPRM Perak, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kit Siang menerusi kenyataann­ya yang dilapor sebuah portal berita propembang­kang semalam, membidas Dzulkifli dengan menyatakan semua mata turut memerhatik­an suruhanjay­a itu, sama ada beliau dapat memimpin badan antirasuah yang bersih dan orang ramai khususnya sedang menilai pendiriann­ya mengenai skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Dzulkifli harus menyedari bahawa jika dia bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi antirasuah kleptokrat­ik pertama di dunia,” kata Kit Siang dalam laporan itu.

Gugat kedaulatan negara

Sementara itu, Dzulkifli ketika menyampaik­an Khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di sini, berkata, gejala rasuah mampu menggugat kedaulatan dan melumpuhka­n sistem keadilan sesebuah negara yang mengamalka­n pemerintah­an secara demokratik.

Beliau berkata, perkara itu ditekankan kerana gejala rasuah yang berlaku membabitka­n semua peringkat termasuk golongan kenamaan.

“Besar pangkat seseorang maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin licik pula melepaskan diri daripada disabitkan dengan jenayah rasuah.

“Selain itu, antara punca yang menyebabka­n berlakunya gejala ini adalah bernafsu besar atau tamak haloba, mengamalka­n cara hidup mewah, ingin cepat kaya dan sebagainya,” katanya seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah, turut berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] ?? Dzulkifli (tengah) dan Zambry merasmikan Mural Pencegahan Rasuah SPRM Perak pada Program KEJAR ‘17 sempena Ulang tahun Penubuhan BPR/SPRM Ke-50 di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] Dzulkifli (tengah) dan Zambry merasmikan Mural Pencegahan Rasuah SPRM Perak pada Program KEJAR ‘17 sempena Ulang tahun Penubuhan BPR/SPRM Ke-50 di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia