Berita Harian

Dr Vida, Aliff Shukri dedah rahsia di Fiesta Labur PNB

Orang ramai dapat maklumat pelaburan, kunjungi pelbagai gerai

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Hari ini dan esok boleh menjadi hujung minggu bermanfaat bagi keluarga dengan mengunjung­i Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini.

Selain kegiatan jualan produk, orang ramai juga berpeluang mendapat maklumat berkaitan pelaburan termasuk saham amanah selain beramah mesra dengan ahli perniagaan ternama negara.

Sebanyak 50 gerai jualan dan pameran menawarkan maklumat mengenai pelbagai jenis pelaburan menanti pengunjung.

Antaranya, jualan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) makanan, produk berasaskan batik, pakaian lelaki, wanita dan aksesori serta kosmetik boleh didapati pada harga promosi yang jauh lebih murah berbanding pasaran.

Khidmat daftar akaun

Lebih menarik, kaunter pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena fiesta kali ini menyediaka­n perkhidmat­an pendaftara­n akaun yang menyediaka­n baucar unit amanah RM10 untuk pendaftara­n akaun baharu, pelaburan tambahan, permohonan dan kemas kini maklumat pemegang unit.

Selain itu, kaunter perancanga­n kewangan, kios ASNB (cetak baki pelaburan, kemas kini maklumat pemegang unit) dan sudut portal MYASNB turut disediakan.

Hari ini, melalui sesi Santai Labur, pengunjung berpeluang menemui dua tokoh perniagaan terkenal tanah air yang akan berkongsi pengalaman mereka membina empayar perniagaan iaitu pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dan pemilik syarikat D’herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pengunjung juga akan dihiburkan melalui sesi Labur Ria oleh artis terkenal tanah air iaitu Elly Mazlein, Aiman Tino dan Herman Tino.

Esok pula akan diadakan Kem Perancanga­n Kewangan Kanak-kanak yang dikendalik­an pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi, membabitka­n kegiatan permainan pengurusan kewangan dan ceria bersama Pak Nil.

Dalam pada itu, ketika sesi bengkel ‘Kuasai Kewangan Peribadi Anda: Mengapa Perlu Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB)’ semalam, banyak petua mengenai kawalan kewangan dikongsi bersama pengunjung.

Pada bengkel berkenaan, antara lain, Eksekutif Jualan ASNB Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Hilal Abdul Karim, menekankan bahawa individu perlu menilai kedudukan kewangan semasa dan ukur kemampuan bayaran balik sebelum membuat sebarang pembiayaan.

“Setiap individu disyorkan membuat peruntukan 40 peratus daripada lebihan gaji atau pendapatan bersih untuk bayaran balik pembiayaan.

“Pastikan komitmen aliran tunai bulanan dalam kawalan bajet anda, selain tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada pengagihan pendapatan yang diperoleh untuk membayar balik pembiayaan serta memastikan pembiayaan ASB dilindungi insuran jika perlu,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pembiayaan ASB adalah antara instrumen kewangan yang boleh membantu seseorang membina kekayaan, dengan syarat ia diuruskan dengan betul dan diambil berdasarka­n kemampuan.

Kesilapan pelabur ASB

“Antara kesilapan utama peminjam ASB ialah mereka mengambil pinjaman melebihi kemampuan, sekali gus menyebabka­n mereka bergantung sepenuhnya kepada agihan pendapatan untuk melunaskan ansuran bulanan.

“Kesilapan lain adalah jualan balik pada awal pembiayaan ASB dan pembayaran ansuran pembiayaan ASB menggunaka­n pengagihan pendapatan dan bonus selain tumpuan hanya kepada nilai tunai untuk jangka masa yang pendek.

“Apabila menggunaka­n agihan pendapatan untuk membayar ansuran bulanan, peminjam tidak dapat menikmati manfaat pelaburan seperti peningkata­n modal dan melindungi wang daripada inflasi,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Chef Adu Amran Hassan pada demo masakan di Fiesta Labur PNB Putrajaya 2017, PICC, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Chef Adu Amran Hassan pada demo masakan di Fiesta Labur PNB Putrajaya 2017, PICC, semalam.
 ??  ?? Fiesta Labur PNB permudah orang ramai dapatkan maklumat kewangan dan pelaburan.
Fiesta Labur PNB permudah orang ramai dapatkan maklumat kewangan dan pelaburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia