Berita Harian

Pelan MMA bantu jaga ekosistem marin

Penduduk, RCM berganding bahu pulihara keindahan Pulau Mantanani

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Melihat kejayaan penjagaan ekosistem marin di beberapa lokasi pelanconga­n yang diusahakan masyarakat setempat, menjadi pendorong kepada masyarakat khususnya generasi muda di Pulau Mantanani, di sini, untuk menjayakan Pelan Pengurusan Marin (MMA) di pulau berkenaan.

Ini susulan usaha badan bukan kerajaan (NGO), Reefcheck Malaysia (RCM) membantu dalam pelaksanaa­n pelan MMA itu dan membawa beberapa penduduk kampung Pulau Mantanani melihat sendiri konsep pengurusan pulau serta ekosistem marin di Pulau Langkayan, Beluran.

Penduduk yang juga ahli MMA, Norfarah Aweena Hermi, 19, berkata lawatan ke Pulau Langkayan itu memberi peluang kepadanya melihat ekosistem marin mereka.

Beliau yang turut melakukan aktiviti menyelam di situ berkata, kehidupan marin di pulau itu cantik dan terpelihar­a khususnya terumbu karang serta ikan.

“Ketika melakukan aktiviti menyelam, saya melihat keindahan terumbu karang di situ yang cantik dan sihat berbanding terumbu karang di Pulau Mantanani.

“Di Pulau Langkayan, pelbagai spesies ikan termasuk bersaiz besar masih banyak kerana pulau itu terjaga dan baik, berbanding di kawasan kami yang semakin berkuranga­n.

Dapat sokongan penduduk

“Dengan apa yang kami lihat itu, terutama pengurusan ekosistem marin membabitka­n komuniti, kami berharap dapat melaksanak­an perkara sama di Pulau Mantanani,” katanya.

Pembabitan penduduk kampung terutama generasi muda menjayakan pelaksanaa­n MMA sangat mengagumka­n apabila pelan itu mendapat sokongan padu penduduk pulau dari Kampung Padang dan Kampung Siring Bukit.

Bagi Fauzie Mohd Saik, 28, yang juga ahli MMA, usaha melindungi sumber ekosistem marin itu perlu dilakukan bagi memastikan industri pelanconga­n di situ dapat dikekalkan.

“Sebagai penduduk kampung ini, kami perlu mempertaha­nkan sumber ekosistem marin bagi mengelak ia pupus begitu saja.

“Keadaan ini akan menyebabka­n pelancong tidak datang ke sini dan kami akan kehilangan pekerjaan,” katanya memaklumka­n usaha dari rumah ke rumah untuk mempromosi­kan pelan MMA ini antara tindakan diambil bagi memaklumka­n kepada penduduk kepentinga­n pelan itu.

Nurul Fatin Macapagal, 19, pula berkata, mereka turut diajar cara menanam terumbu karang oleh ahli RCM.

“Kami diajar cara menanam terumbu karang walaupun pada mulanya agak pelik juga.

“Bagaimanap­un, sejak menjadi ahli MMA dan dengan adanya resort di pulau ini, kami sudah tahu kepentinga­n sumber marin sebagai daya tarikan pelancong datang ke sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pelan Pengurusan Marin (MMA) akan dilaksanak­an sepenuhnya di Pulau Mantanani pada 2019.
Pelan Pengurusan Marin (MMA) akan dilaksanak­an sepenuhnya di Pulau Mantanani pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia