Berita Harian

‘Mak kena tikam, mak kena tikam’

Suami, anak balik dari sekolah terkejut temui isteri maut dibunuh

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

“Mak kena tikam, mak kena tikam.” Itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitah­u kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, semalam.

Mohd Abid, 8, baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32 sekitar jam 12.30 tengah hari dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil, 4, dari sebuah bilik di tingkat atas.

“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarka­n, adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan buka pintu biliknya yang dikunci.

“Saya turun dan beritahu ayah. Ayah naik dan jumpa mayat ibu,” katanya ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampira­n lokasi kejadian, memaklumka­n perkara itu.

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah, manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.

Berlaku pergelutan

“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah dan berlaku pergelutan.

“Mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabka­nnya meninggal dunia.

“Anak mangsa tidak dicederaka­n dan dikurung di sebuah bilik di rumah. Dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.

“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkina­n ada cubaan samun. Kita sudah meminta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.

“Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanap­un kita tidak pasti kenderaan digunakann­ya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarka­n, adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan buka pintu biliknya yang dikunci” Mohd Abid, Anak

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Mohd Abid (kanan) mendengar jeritan minta tolong Mohd Aqil (tengah) di rumah mereka.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Mohd Abid (kanan) mendengar jeritan minta tolong Mohd Aqil (tengah) di rumah mereka.
 ??  ?? Polis membawa mayat wanita yang ditemui mati ditikam di Kampung Hijrah, Penor, semalam.
Polis membawa mayat wanita yang ditemui mati ditikam di Kampung Hijrah, Penor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia