Berita Harian

Pelajar cuba bunuh diri dakwa dirogol datuk tiri

-

Sri Aman: Cubaan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya di sini, membongkar dia menjadi mangsa rogol datuk tirinya.

Pelajar terbabit cuba berbuat demikian sekitar jam 2.50 pagi 21 September lalu.

Perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun itu diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mengesan pelajar terbabit hamil lima minggu ketika menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata polis bagaimanap­un tidak dapat menentukan punca pelajar terbabit cuba membunuh diri serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungn­ya.

Berikutan itu, Rabu lalu pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemu bual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahka­n perkara sebenar.

Pegawai sosial lapor polis

“Mangsa mendedahka­n dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali pada Ogos lalu.

“Selepas mendengar pengakuan mengejutka­n itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Aman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan polis selepas itu mendapati kejadian pertama berlaku pada awal Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa dari asrama untuk pulang ke rumah pada hujung minggu.

Difahamkan, dalam perjalanan pulang, suspek membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit dan merogolnya.

“Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang tidur,” katanya.

Suspek mati minum racun

Dev berjata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang.

Bagaimanap­un, katanya, polis menemui lelaki terbabit terbaring dengan mulut berbuih dipercayai membunuh diri dengan minum racun serangga perosak.

Lelaki terbabit mati di Hospital Sri Aman jam 5 pagi semalam.

Mangsa mendedahka­n dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali pada Ogos lalu” Dev Kumar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia