Berita Harian

Li Chunrong ketuai operasi PROTON

Lembaga Pengarah putuskan usaha pulih jenama global jadi teras keutamaan syarikat

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

DRb-hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) menamakan pakar industri automotif, Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), berkuat kuasa esok. Chunrong, 52, yang baru-baru ini menyertai barisan pengurusan kanan Geely daripada Dongfeng Honda Engine Co Ltd dan dikatakan calon utama yang akan dilantik ke jawatan itu, akan bertanggun­gjawab terhadap

Tugas saya bukan hanya memandang masa silam, namun akan bekerja siang dan malam untuk memastikan PROTON berjaya dengan mantapnya” Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PONSB

operasi keseluruha­n PROTON Holdings Bhd (PROTON) termasukla­h pengeluara­n, pembuatan, pemasaran, kualiti, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), serta jualan dan pemasaran. Mengulas pelantikan­nya, Chunrong berkata, keutamaann­ya buat masa ini adalah kepuasan pelanggan, selain melihat kepada perancanga­n produk, pemeroleha­n dan kualiti. “Tugas saya bukan hanya memandang masa silam, namun akan bekerja siang dan malam untuk memastikan PROTON berjaya dengan mantapnya,” katanya susulan pelantikan­nya yang diumumkan pada satu sidang media di Shah Alam, semalam.

Beliau akan menggantik­an Datuk Ahmad Fuaad Kenali, yang meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini. Chunrong mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri automotif dan berpengala­man bekerja bersama jenama utama antarabang­sa seperti Honda, Kia dan Dongfeng, dalam pelbagai jawatan tertinggi.

Radzaif kekal jawatan

Sementara itu, Datuk Radzaif Mohammed akan kekal sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB dan akan menyokong Chunrong serta bersama-sama mengetuai pelan pemulihan PROTON. Drb-hicom dan Geely semalam mengesahka­n struktur baharu Lembaga Pengarah dan sebahagian pasukan eksekutif bagi PROTON dan syarikat berkaitan dengannya (Kumpulan PROTON), genap 100 hari selepas Perjanjian Muktamad antara kedua-dua pihak dimeterai pada 23 Jun lalu. Di bawah struktur baharu itu, Datuk Seri Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi PROTON dan beliau disertai oleh Shaharul Farez Hassan dan Amalanatha­n Thomas sebagai calon Drb-hicom sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Shaharul Farez dan Amalanatha­n adalah sebahagian barisan pengurusan kanan di Drb-hicom. Geely pula mencalonka­n Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng untuk menyertai Ahli Lembaga Pengarah PROTON. Donghui Li kini memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely manakala Feng adalah Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi di Geely Auto, syarikat tersenarai di Bursa Hong Kong.

Usaha pemulihan jenama

Kelima-limanya juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah PONSB, bersama Naib Presiden Perniagaan Antarabang­sa dan Penasihat Eksekutif kepada Presiden di Geely, Dr Nathan Yu Ning serta bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skoda Auto, Winfried Vahland. Syed Faisal, Shaharul Farez, Amalanatha­n, Donghui Li dan Yu Ning juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PROTON Edar Sdn Bhd, syarikat pengedaran PROTON di Malaysia. PROTON Edar akan kekal diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Abdul Rashid Musa. Lembaga Pengarah PROTON juga memutuskan usaha pemulihan jenama global PROTON sebagai teras keutamaan syarikat. Sementara itu, pengambila­lihan 51 peratus ekuiti dalam pengeluar kereta Britain, Lotus oleh Geely daripada PROTON juga diselesaik­an semalam.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/ BH ] ?? Chunrong (kanan) bersama (dari kiri) Ahli Lembaga Pengarah PROTON, Shaharul Farez Hassan; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB, Datuk Radzaif Mohammed; Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely, Daniel Donghui Li pada satu sidang media di Shah Alam, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/ BH ] Chunrong (kanan) bersama (dari kiri) Ahli Lembaga Pengarah PROTON, Shaharul Farez Hassan; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB, Datuk Radzaif Mohammed; Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely, Daniel Donghui Li pada satu sidang media di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia