Berita Harian

Pendapatan bersih meningkat 8.8 peratus

Prestasi ekuiti awam lebih baik pacu pertumbuha­n kukuh

- Oleh Suffian A Bakar suffian@bh.com.my

Pendapatan bersih Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi tempoh lapan bulan berakhir 31 Ogos 2017 meningkat 8.8 peratus tahun-ke-tahun kepada RM10.05 bilion.

Pengerusi Kumpulanny­a, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata aset di bawah pengurusan (AUM) dalam tempoh dikaji meningkat 4.2 peratus kepada RM268.6 bilion.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM228 bilion adalah dana unit amanah, manakala baki RM40.6 bilion dana proprietar­i syarikat.

“Kami gembira dapat terus mengekalka­n prestasi kukuh setakat ini dalam suasana pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang positif, sungguhpun pasaran saham hambar pada suku ketiga.

“Kami juga gembira pelan transforma­si syarikat strategik PNB terus memberi impak berterusan,” katanya pada taklimat media berhubung prestasi terkini kumpulan itu, di Putrajaya, semalam.

Abdul Wahid berkata, pertumbuha­n kukuh pendapatan PNB didorong prestasi ekuiti awam lebih baik, manakala pendapatan daripada pelaburan ekuiti swasta dan hartanah dijangka dicapai pada suku keempat 2017.

Agihan pendapatan

Sementara itu, PNB mengumumka­n agihan pendapatan 6 sen seunit bagi pemegang akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Ia membabitka­n jumlah pembayaran RM724.10 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 390,000 pemegang akaun yang kini memiliki 12 bilion unit.

AS1 Malaysia mencatat pendapatan bersih RM600.47 juta, mewakili pertumbuha­n 16 peratus daripada RM517.28 juta pada 2016, didorong prestasi pasaran ekuiti domestik lebih kukuh, khususnya di kaunter Kewangan dan Perkhidmat­an.

Abdul Wahid berkata prestasi kewangan dana yang lebih kukuh membolehka­n ia membina rizab tambahan untuk menyokong agihan pendapatan pada masa depan.

Pengiraan pengagihan pendapatan AS 1Malaysia berdasarka­n purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan.

Pembayaran agihan pendapatan AS 1Malaysia akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan akan dikreditka­n secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober ini.

Pemegang unit yang melanggan AS 1Malaysia melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperoleh agihan pendapatan dikreditka­n terus ke akaun KWSP masing-masing.

Urus niaga ditangguh

Semua urus niaga untuk AS 1Malaysia di ibu pejabat, cawangan dan ejen ASNB ditangguh dari 27 hingga 30 September 2017 untuk memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka apabila urus niaga disambung semula pada 1 Oktober ini di mana-mana pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara atau melalui portal myasnb.com.my.

AS 1Malaysia ialah dana unit amanah berharga tetap kelima Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang dilancarka­n pada 5 Ogos 2009.

Anak syarikat milik penuh PNB, ASNB kini mempunyai lebih 13 juta pemegang akaun dengan unit dalam edaran mencecah hampir 217 bilion.

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Abdul Wahid pada taklimat media prestasi terkini kumpulan PNB di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Abdul Wahid pada taklimat media prestasi terkini kumpulan PNB di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia