Berita Harian

Majukan projek RM5B di Bangsar

Pembanguna­n pertama di atas tanah milik syarikat babit tujuh bahagian

- Oleh Fahmy Azril Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) akan membangunk­an projek yang meliputi tujuh menara dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) bernilai RM5 bilion dalam tempoh 10 tahun.

Projek itu dibangunka­n di atas tanah seluas 7.6 hektar di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman, berkata ia sekali gus menyaksika­n projek itu adalah yang pertama dibangunka­n di atas tanah milik PHB.

Beliau berkata, projek itu mengandung­i tujuh bahagian yang mana pada peringkat permulaan, sebuah menara pejabat yang bernilai RM500 juta sudah memulakan pembinaan.

Beliau yakin projek bahagian pertama itu yang bermula pada awal tahun ini dijangka siap pada 2021.

“Selepas siap menara pertama, kita tidak tergesa-gesa untuk meneruskan pembinaan bagi menara kedua dan ketiga.

“Ini kerana, kita akan teliti dan kaji terlebih dahulu landskap pasaran pada masa itu. Kemudian, barulah kita boleh putuskan sama ada untuk teruskan pembinaan menara dua dan tiga atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran 500 juta unit tambahan di Kuala Lumpur, semalam.

Tingkat pemilikan hartanah komersial

Kamalul berkata, PHB aktif dalam meningkatk­an pemilikan hartanah komersial bersandark­an dua strategi.

Yang pertama katanya, dengan pembelian aset yang sudah siap dibina dan kedua pula, pembanguna­n projek hartanah yang dijalankan di lokasi strategik serta berpotensi tinggi di seluruh negara.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2006, PHB kini mempunyai tanah seluas ratusan ekar di seluruh negara.

“Sejak beroperasi kira-kira 11 tahun, PHB sudah menembusi pasaran hartanah di Lembah Klang dan negeri di wilayah utara, selatan dan pantai timur Semenanjun­g.

“PHB juga komited bagi mengenal pasti peluang untuk memperoleh lebih banyak lagi hartanah komersial utama dan strategik, sekali gus dapat membangunk­an projek hartanah komersial bernilai tinggi.

“Ini sekali gus menyumbang kepada perolehan baik kepada pelabur. Secara tidak langsung menjadi faktor penentu bagi penambahan saiz dana AHB serta memberi aliran pendapatan yang konsisten kepada pemegang unit,” katanya.

PHB juga komited kenal pasti peluang peroleh lebih banyak lagi hartanah komersial utama, strategik” Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia