Berita Harian

Yakin pimpinan PROTON bawa perspektif baharu

-

Penstruktu­ran baharu PROTON Holdings Bhd dan pelantikan Dr Li Chunrong untuk mengetuai Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (PONSB) akan membawa perspektif baharu kepada perjuangan pengeluar kereta nasional itu untuk kekal relevan di dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, berkata gandingan PROTON dan rakan strategikn­ya, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) akan membawa PROTON ke arah daya saing global seperti mana yang digariskan kerajaan di bawah Dasar Automotif Nasional 2014 (DAN2014).

“Dengan termeterai­nya penstruktu­ran Lembaga Pengarah yang seimbang di antara PROTON dan Geely, pengeluar kereta nasional itu kini terdiri daripada satu pasukan yang mempunyai gabungan pengalaman serta kepakaran yang terdiri daripada warga Malaysia dan juga antarabang­sa.

“Semestinya, pertukaran dan perkongsia­n pengalaman ini akan membawa pelbagai idea baharu yang diperlukan bagi PROTON untuk menjadi jenama yang bertaraf global,” katanya kepada BH.

Madani berkata, ramai sedia maklum dengan kebolehan Geely yang berjaya merangsang keupayaan jualan jenama antarabang­sa seperti Volvo dan London Taxi Co selain maklum mengenai kebolehan PROTON sebagai sebuah pengeluar kereta yang mempunyai infrastruk­tur dan keupayaan menyeluruh dalam reka bentuk kenderaan.

Akses teknologi, platform Geely

Melalui perkongsia­n strategik ini, beliau berkata, pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) PROTON akan menjadi salah satu daripada lima pusat R&D di bawah Geely selain Shanghai, Gothenburg, Coventry dan Hangzhou Bay.

“Di samping itu, PROTON juga akan mendapat akses kepada teknologi dan platform Geely. Platform kenderaan utiliti sukan (SUV) akan dikongsi dengan PROTON dan akan diperkenal­kan dalam jangka masa terdekat ini.

“Bagi memenuhi keperluan di rantau ASEAN, kilang PROTON di Tanjung Malim akan dijadikan hab kereta pemanduan kanan bagi Geely serta pemasangan model Volvo.

“Ini juga memberikan satu kelebihan kepada PROTON, di mana perkongsia­n platform di antara PROTON dan Geely membuka peluang bagi PROTON pula menembusi pasaran pemanduan sebelah kiri,” katanya.

Kembalikan kegemilang­an

Presiden Persatuan Vendor PROTON (PVA), Azalan Omar, berkata pelantikan Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PONSB dapat mengembali­kan kegemilang­an PROTON kerana kepakaran dan pengalaman­nya dalam bidang automotif adalah kepentinga­n utama yang perlu diambil kira dalam proses pemulihan jenama nasional itu.

“Buat masa terdekat ini penjualan dan pengeluara­n kereta PROTON agak rendah maka dengan kepakaran serta pengalaman beliau dapat sekiranya beliau bersama dengan Geely membantu serta menyokong untuk meningkatk­an prestasi jualan dan pengeluara­n,” katanya.

Pertukaran dan perkongsia­n pengalaman ini akan membawa pelbagai idea baharu yang diperlukan bagi PROTON untuk menjadi jenama yang bertaraf global” Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia