Berita Harian

Haulier sokong Maju Holdings ambil alih PLUS

-

Haulier Malaysia menyokong tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli keseluruha­n aset dan liabiliti PLUS Malaysia Bhd (PLUS).

Presidenny­a, Nazari Akhbar berkata, persatuan memiliki lebih 100 syarikat pengangkut­an sebagai ahli itu juga menyokong cadangan Maju Holdings untuk tidak menaikkan kadar tol selama 20 tahun jika tawaran itu diterima.

Katanya, mereka juga tertarik dengan tawaran syarikat berkenaan untuk meningkatk­an aspek keselamata­n dan kualiti lebuh raya sedia ada, di samping mengurangk­an kos penyelengg­araan.

“Lebuh raya amat penting kepada syarikat Haulier yang juga pengguna utama dengan purata 20,000 trak menggunaka­nnya setiap hari. Ia dijangka mening-at kira-kira lima peratus setiap tahun.

“Kami pernah membangkit­kan kebimbanga­n mengenai keadaan beberapa lebuh raya dan jalan yang amat memerlukan peningkata­n aspek penyelengg­araan dan keselamata­n.

Kurangkan liabiliti

“Tawaran itu amat memberangs­angkan kerana dapat membantu kerajaan mengimbang­i kunci kira-kiranya dengan mengurangk­an liabiliti luar jangka serta menghapusk­an pampasan dikenakan PLUS,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Maju Holdings sebelum ini menyatakan ia sudah mengemukak­an tawaran sebanyak RM36 bilion untuk membeli seluruh aset dan liabiliti PLUS Malaysia Bhd daripada UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

UEM menguasai 51 peratus kepentinga­n dalam PLUS, manakala baki 49 peratus dikuasai KWSP.

Tawaran UEM Edgenta perlu diperjelas

Sementara itu, Nazari berkata, tawaran oleh UEM Edgenta Bhd untuk menjadi penyelengg­ara semua lebuh raya PLUS bagi jangka panjang serta mengurangk­an kos, perlu diperjelas­kan lebih lanjut

Beliau mendakwa, kontrak ditawarkan UEM Edgenta bernilai lebih RM20 bilion bagi tempoh 21 tahun atau bersamaan kira-kira RM1 bilion setahun bagi kos penyelengg­araan adalah terlalu tinggi.

“Banyak aspek dalam tawaran UEM Edgenta itu perlu diperjelas­kan. Kami harap kerajaan akan campur tangan dan selesaikan isu ini segera demi kebaikan rakyat dan persatuan seperti kami,” katanya.

 ??  ?? Nazari Akhbar
Nazari Akhbar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia