Berita Harian

Sektor PKS perlu berdaya saing

Pemain industri perlu manfaat kemudahan disedia kerajaan

- Oleh Alzahrin Alias

Sokongan dan kemudahan yang diberikan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu dimanfaatk­an sepenuhnya bagi memastikan sektor itu terus relevan, berdaya saing dan mampu memberi pulangan baik kepada ekonomi negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sustainabi­lity Roundtable Sdn Bhd, Datuk Seri G Gnanaraja, berkata PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi negara dan menjadi tumpuan utama dalam pembanguna­n dasar ekonomi.

Lantaran itu katanya, pemain dalam industri PKS perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan ini dalam membantu kembali kerajaan dalam peningkata­n ekonomi negara.

Perancanga­n perniagaan komprehens­if

“Kebanyakan mereka selalu merungut dan menyatakan tiada sokongan kerajaan dalam perniagaan. Tapi hakikatnya, segala bantuan dari segi kewangan dan perancanga­n perniagaan sudah tersedia.

“Namun, kebanyakan usahawan ini tidak membuat kaji selidik dan perancanga­n perniagaan yang rapi. Mereka perlu berdaya saing dan menyiapkan segala perancanga­n perniagaan secara komprehens­if.

“Barulah sektor PKS dapat berkembang dan kerajaan dapat membantu dalam meningkatk­an perniagaan mereka,” katanya dalam temu bual bersama BH baru-baru ini.

Usahawan muda perlu rebut peluang

Gnanaraja juga berkata, usahawan muda perlu mengambil peluang yang disediakan ini sebaik mungkin kerana sektor PKS bakal menjadi penyumbang utama dalam ekonomi negara.

Beliau berkata, antara bidang yang perlu diteroka usahawan muda adalah ekonomi digital yang memberikan banyak peluang perniagaan dalam dan luar negara.

Katanya, bukan sahaja membantu ekonomi negara tetapi kemapanan sektor PKS mampu memberikan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan mengeluark­an tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Industri PKS bukan sahaja membantu ekonomi negara tetapi kemapanan sektor PKS mampu memberikan peluang pekerjaan.
[FOTO HIASAN] Industri PKS bukan sahaja membantu ekonomi negara tetapi kemapanan sektor PKS mampu memberikan peluang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia